VIDEO PILIHAN JANUARI 2012

Cari Artikel Lain

Tuesday, October 26, 2010

Gempa Bumi Kepulauan Mentawai dan Sumatera Barat serta diikuiti letupan Gunung Merapi

Waktu Kejadian gempa: 9:42 malam waktu 24jam 21:42pm

Al-Anbiyaa'(21):[42]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah yang dapat menjaga keselamatan kamu pada malam dan siang daripada azab Tuhan yang bersifat Maha Pemurah?” (Mereka tidak memikirkan yang demikian) bahkan mereka tetap berpaling ingkar dari pengajaran Tuhan mereka.


112 Dead, 500 Missing after 7.7 Earthquake Triggers Tsunami, Followed by Volcano Eruption, in Indonesia



JAKARTA: Sekurang-kurangnya 113 orang terbunuh dan 500 lagi hilang, termasuk sekumpulan peluncur Australia, semalam, apabila gempa bumi kuat di Indonesia menyebabkan berlaku tsunami.

Sejumlah perkampungan pesisir pantai turut musnah dalam bencana itu.

Agensi Kaji Selidik Geologi AS menyatakan, gempa bumi itu berlaku pada pukul 9.42 malam (waktu tempatan) pada kedalaman 20.6 kilometer, dan berpusat 280 kilometer ke selatan bandar Padang.

Mudjiharto berkata, tsunami di Mentawai melanda sejauh 600 meter ke darat di Pulau Pagai Selatan, lokasi paling teruk terjejas.


Gempa bumi sekuat 7.7 magnitud itu berlaku di Pulau Mentawai di barat Sumatera dan menghasilkan ombak setinggi sehingga tiga meter.


Jurucakap kerajaan berkata, 10 perkampungan turut dihanyutkan ombak.


Sekumpulan pelancong Australia mendakwa bot dinaiki mereka dimusnahkan oleh ombak besar yang menghempas ke sebuah teluk.


Sesetengah penumpang dilaporkan terpaksa berpaut pada pokok untuk menyelamatkan diri.

Lelaki Australia yang mengusahakan bot sewa di Sumatera, Rick Hallet, berkata mereka berasa ada gegaran di bawah bot dan beberapa minit kemudian terdengar bunyi menggerunkan.


“Saya terus terfikir tsunami dan apabila melihat ke laut, ternampak ombak besar seperti tembok putih yang bergerak ke arah kami,” katanya.


Pegawai Agensi Pengurusan Bencana Indonesia, Arlyno, berkata sekurang-kurangnya 167 masih hilang di sekitar Pulau Mentawai di barat Padang.


Pusat Pengurusan Krisis Kementerian Kesihatan, Mudjiharto, berkata ombak memusnahkan pelbagai bangunan sehingga 600 meter dari pantai di Pulau Pagai Selatan.


“Kira-kira 80 peratus bangunan di Kampung Muntei rosak dan ramai penduduk hilang di sana,” katanya.


Walaupun pasukan perubatan dikejarkan menaiki helikopter ke sana, usaha menyelamat terganggu kerana masalah komunikasi.


Penyelamat turut melancarkan operasi mengesan sebuah bot dipercayai dinaiki sembilan warga Australia dan Jepun yang hilang sejak gempa bumi berlaku.


Pegawai pertubuhan kebajikan SurfAid, Dave Jenkins, berkata mereka menghantar sebuah bot dan pesawat sewa untuk mencari bot berkenaan.


“Difahamkan, bot itu tidak dilengkapi telefon satelit tetapi kapten kapal itu agak berpengalaman di kawasan berkenaan.


“Dia sepatutnya tahu bagaimana berkomunikasi jika mahu tetapi keadaan kini menyebabkan kami sangat bimbang,” katanya. - AFP


Letusan Gunung Merapi

Wisma Putra berkata kerajaan amat terkejut dan sedih di atas kejadian gempa bumi tersebut yang berukuran 7.2 pada skala Richter yang melanda Kepulauan Mentawai dan Sumatera Barat kelmarin dan diikuiti letupan Gunung Merapi semalam.

"Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah kepada kerajaan serta rakyat Indonesia di atas tragedi yang telah menimpa," kata Wisma Putra.Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia juga mengeluarkan senarai nama pelajar Malaysia yang dipindahkan dari Pesantren Sirajul Mukhlasi, Magelang malam tadi berikutan bencana letusan Gunung Merapi.

Ia juga telah menubuhkan sebuah bilik operasi 24 jam bencana letusan Gunung Merapi.

1 comment:

  1. Semoga Allah hindari kita semua dari segala azab dunia dan akhirat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komentar anda dihargai :)

SILA PERHATIKAN DAN FAHAMI VIDEO INI . Mudah-mudahan membuka minda dan hati kita. InsyaAllah


Video di bawah adalah syarahan Almarhum Sheikh Ahmed Deedat, semoga Allah memberkati segala usahanya. Peringatan mengenai Al-Quran ini sangat penting dan perlu diketahui oleh setiap muslim di seluruh dunia.




SAMBUNGANNYA DISINI : KLIK