VIDEO PILIHAN JANUARI 2012

Cari Artikel Lain

Thursday, March 31, 2011

April Fool ( Tragedi Yang Menimpa Muslim Sepanyol @ Spain ) 1 April 1487 Masihi




Assalamualaikum semua,sekali lagi saya tangguh dahulu tentang penjelasan secara nota setiap surah dalam Al-Quran, memandangkan esok ramai di kalangan manusia menyambut April Fool, tragedi yang memalukan umat Islam dan peringatan penting kepda mereka yang masih belum tahu.Kepada rakan-rakan dan saudaraku sekalian,sebarkanlah kepada anak-anak muda kita yang masih belum tahu.Esok mereka akan bermain,dan mempersenda sesama sendiri,sedih rasanya bila keadaan ini berlaku,kerana mereka Tidak Tahu.
Qum Faanzir!!!
Mudah-mudahan Allah jauhkan kita daripada segala fitnah yang berlaku di dunia dan akhirat. Amin
So saya kongsikan artikel yang sangat penting ini.
T_T

Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku ‘Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?’� (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)

Sejarah April Fool

Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan! demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai (The Aprils Fool Day).

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak boleh merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya;( Umat Islam banyak yang suka dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut.

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa(The April Fool Day) itu dipopulerkan dengan cerita yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.

Sumber: http://www.eramuslim.com

English Version

Is celebrating April Fool's Day is haram? Why?


Yes it is, because of the origins of April Fool's Day, OR because you would be lying, OR because you would be imitating the Kuffar. OR all three.

This is one version:

It was around a thousand years ago that Spain was ruled by Muslims. And the Muslim power in Spain was so strong that it couldn't be destroyed. The Christians of the west wished to wipe out Islam from all parts of the world and they did succeed to quite an extent. But when they tried to eliminate Islam in Spain and conquer it, they failed. They tried several times but never succeeded.

The unbelievers then sent their spies in Spain to study the Muslims there and find out what was the power they possessed and they found that their power was TAQWA. The Muslims of Spain were not just Muslims but they were practicing Muslims. They not only read the Quran but also acted upon it.

When the Christians found the power of the Muslims they started thinking of strategies to break this power. So they started sending alcohol and cigarettes to Spain free of cost. This technique of the west worked out and it started weakening the faith of the Muslims in particular the young generation of Spain. The result was that the Catholics of the west wiped out Islam and conquered the entire Spain bringing an end to the EIGHT HUNDRED LONG YEARS' RULE OF THE MUSLIMS in Spain. The last fort of the Muslims to fall, was Grenada (Gharnatah), which was on the 1st of April.

From that year onwards, every year they celebrate April fools day on the 1st of April, celebrating the day, they made a fool of the Muslims. They did not make a fool of the Muslim army at Gharnatah only, but of the whole Muslim Ummah. We, the Muslims, were fooled by the unbelievers. They have a reason to celebrate April fool day, to keep up the spirit.

Dear brothers and sisters, when we join in this celebration, we do so out of ignorance. If we had known about it, we would never have celebrated our own downfall.

So now, that we are aware of it, and now let us promise that we shall never celebrate this day. We should learn our lesson from the people of Spain, and shall try to become practicing Muslims, never to let anybody weaken our faith NOR FOOL ( OR MAKE A FOOL OF ) US ANY MORE.
_ _ _

And even if not because of it's history, lying is Haram. Joking is considered lying also if it isn't true (unfortunately probably all of us still do this). Even if you were to feel content with just "joking", it is a Kafir "celebration", so by celelbrating it, we are imitating the Kuffar. We are supposed to separate ourselves and set examples with our actions, not drop ourselves to the level of the Kuffar. Our objective is to do Dawah by our actions, and this can't be done if we are blending in and adjusting our lifestyles with the Kuffar.


Tuesday, March 29, 2011

62 [QS:] Al Jumu'ah (Hari Jumaat)



MUQADDIMAH
Surah Al Jumu'ah ini terdiri atas 11 ayat, termasuk golongan-golongan surah-surah Madaniyyah dan diturunkan sesudah surat As Shaf. Nama surat Al Jumu'ah diambil dari kata Al Jumu'ah yang terdapat pada ayat 9 surat ini yang artinya: "hari Jumaat".

[9]
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
[10]
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
[11]
Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar – berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:” Pahala – balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.

Pokok-pokok isinya:
Menjelaskan sifat-sifat orang-orang munafik dan sifat-sifat buruk pada umumnya, diantaranya berdusta, bersumpah palsu dan penakut;
Mengajak orang-orang mu'min supaya ta'at dan patuh kepada Allah dan Rasul-Nya dan supaya bersedia menafkahkan harta untuk menegakkan agama-Nya sebelum ajal datang.

PENUTUP
Surah Al Jumu'ah ini menerangkan tentang pengutusan Nabi Muhammad s.a.w. dan menjelaskan bahawa umatnya akan menjadi mulia karena ajarannya, disusul dengan perumpamaan orang-orang Yahudi dan kebohongan pengakuan mereka dan kemudian diakhiri dengan kewajiban shalat Jumaat.
HUBUNGAN SURAH AL JUMU'AH DENGAN SURAH AL MUNAAFIQUUN.
1. Pada surah Al Jumu'ah Allah menerangkan bahwa orang muslim menjadi mulia karena ajaran Nabi Muhammad s.a.w. sedang pada surah Al Munaafiquun diterangkan bahawa orang-orang munafik karena tidak mau menjalankan ajaran Nabi akan menjadi sesat dan hina.
2. Dalam surah Al Jumu'ah orang disuruh meninggalkan perniagaannya untuk pergi shalat Jumu'ah, sedang pada surah Al Munaafiquun diperingatkan agar harta benda dan anak-anak jangan sampai melalaikan orang ingat kepada Allah.




Sunday, March 27, 2011

61 [QS:] Ash Shaff (Barisan)



MUQADDIMAH
Surah Ash Shaff terdiri atas 14 ayat termasuk golongan surah-surah Madaniyyah. Dinamai dengan "Ash Shaff", karena pada ayat 4 surat ini terdapat kata "Shaffan" yang berarti "satu barisan".
[1]
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[2]
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
[3]
Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
[4]
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.


Ayat ini menerangkan apa yang diredhai Allah sesudah menerangkan apa yang dimurkai-Nya. Pada ayat 3 diterangkan bahawa Allah murka kepada orang yang hanya pandai berkata saja tetapi tidak melaksanakan apa yang diucapkannya. Dan pada ayat 4 diterangkan bahwa Allah menyukai orang yang mempraktekkan apa yang diucapkannya yaitu orang-orang yang berperang pada jalan Allah dalam satu barisan.

Pokok-pokok isinya: Semua yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya, anjuran berjihad pada jalan Allah. Pengikut-pengikut nabi Musa dan Isa a.s. pernah mengingkari ajaran-ajaran nabi mereka. Demikian pula kaum musyrikin Mekah ingin hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam). Ampunan Allah dan Syurga dapat dicapai dengan iman dan berjuang menegakkan kalimah Allah dengan harta dan jiwa.

PENUTUP
Surah ini menganjurkan supaya orang-orang mu'min selalu menyesuaikan ucapan dengan perbuatan, dan menerima tawaran Allah yaitu ampunanNya dan surga dapat dicapai dengan iman dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa.
HUBUNGAN SURAH ASH SHAFF DENGAN SURAH AL JUMU'AH.
1. Sama-sama dimulai dengan "sabbaha lillahi" bertasbih kepada Allah dan bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
2. Pada surat Ash Shaff diterangkan bahawa orang-orang Yahudi itu adalah kaum yang sesat dan fasik, sedang pada surat Al Jumu'ah diterangkan lagi bahawa mereka adalah orang yang bodoh seperti keldai yang membawa buku-buku yang banyak, tetapi tidak dapat memahaminya.






Thursday, March 24, 2011

60 [QS:] Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)



MUQADDIMAH
Surah Al Mumtahanah terdiri atas 13 ayat, termasuk golongan surah-surah Madaniyyah, diturunkan sesudah surah Al Ahzab.Dinamai "Al Mumtahanah" (wanita yang diuji), diambil dari kata "Famtahinuuhunna" yang berarti "maka ujilah mereka",yang terdapat pada ayat 10 surah ini.
[10]
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: Allah lebih mengetahui akan iman mereka: dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir. Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri), dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami). Dan berilah kepada suami-suami (yang kafir) itu apa yang mereka telah belanjakan. Dan tidaklah menjadi salah kamu berkahwin dengan mereka (perempuan-perempuan yang berhijrah itu) apabila kamu memberi kepada mereka maskahwinnya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu dengan perempuan-perempuan yang (kekal dalam keadaan) kafir, dan mintalah balik maskahwin yang kamu telah berikan, dan biarkanlah mereka (suami-suami yang kafir itu) meminta balik apa yang mereka telah belanjakan. Demikianlah hukum Allah; Ia hukumkan di antara kamu (dengan adil). Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


Pokok-pokok isinya :
I. Hukum-hukum : Larangan mengadakan hubungan persahabatan dengan orang-orang kafir yang memusuhi Islam,sedang dengan orang-orang kafir yang tidak memusuhi Islam boleh mengadakan persahabatan; hukum perkawinan bagi orang-orang yang pindah agama.
2. Kisah-kisah : Kisah Ibrahim a.s. bersama kaumnya sebagai contoh dan teladan bagi orang-orang mu'min.

PENUTUP
Surah ini menerangkan tentang pergaulan orang-orang Islam dan yang bukan Islam dalam waktu perang dan damai serta dari segi perkawinan.
HUBUNGAN SURAH AL MUMTAHANAH DENGAN SURAH ASH SHAFF.
Pada surah Al Mumtahanah Allah melarang orang-orang muslim mengadakan hubungan persahabatan dengan orang-orang kafir dan meninggalkan orang-orang mu'min, sedang surat Ash Shaff menguatkannya dengan menganjurkan agar berjihad di jalan Allah.










60. Al-Mumtahana

[1]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.
[2]
Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).
[3]
Kaum kerabat kamu dan anak-anak kamu (yang tidak menurut kamu beriman) tidak sekali-kali akan mendatangkan sebarang faedah kepada kamu pada hari kiamat; Allah akan memisahkan di antara kamu semua (pada hari itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Melihat segala yang kamu kerjakan.
[4]
Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya – contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): “Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata”, tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): “Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu”. (Berdoalah wahai orang-orang yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir, dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!
[5]
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.
[6]
Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat. Dan sesiapa yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
[7]
Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[8]
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
[9]
Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
[10]
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: Allah lebih mengetahui akan iman mereka: dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir. Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri), dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami). Dan berilah kepada suami-suami (yang kafir) itu apa yang mereka telah belanjakan. Dan tidaklah menjadi salah kamu berkahwin dengan mereka (perempuan-perempuan yang berhijrah itu) apabila kamu memberi kepada mereka maskahwinnya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu dengan perempuan-perempuan yang (kekal dalam keadaan) kafir, dan mintalah balik maskahwin yang kamu telah berikan, dan biarkanlah mereka (suami-suami yang kafir itu) meminta balik apa yang mereka telah belanjakan. Demikianlah hukum Allah; Ia hukumkan di antara kamu (dengan adil). Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
[11]
Dan sekiranya kamu tidak dapat menerima balik sesuatu dari maskahwin isteri-isteri kamu (yang menjadi murtad serta) melarikan diri ke pihak orang-orang kafir, kemudian kamu menyerang puak yang kafir itu serta mendapat harta rampasan maka berikanlah kepada orang-orang (Islam) yang lari isterinya itu ganti maskahwinnya sebanyak yang mereka telah bayar. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya.
[12]
Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, – maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[13]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur.

Saturday, March 19, 2011

59 [QS:] Al Hasyr (Pengusiran)



MUQADDIMAH
Surah Al HAsyr terdiri atas 24 ayat, termasuk golongan surah-surah Madaniyyah, diturunkan sesudah surah Al Bayyinah. Dinamai surah "Al Hasyr" (Pengusiran) diambil dari perkataan "Al- Hasyr" yang terdapat pada ayat 2 & 3 surah ini.
[1]
Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[2]
Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab – dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.
[3]
Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah Ia akan menyeksa mereka di dunia; dan mereka pula akan beroleh azab seksa neraka pada hari akhirat kelak.


Di dalam surah ini disebutkan kisah pengusiran suatu suku Yahudi yang bernama Bani Nadhir yang berdiam di sekitar kota Madinah.
Pokok-pokok isinya :
I. Keimanan : Apa yang berada di langit dan di bumi semuanya bertasbih memuji Allah; Allah pasti mengalahkan musuh-Nya dan musuh-musuh Rasul-Nya; Allah mempunyai Al Asmaa-ul Husna; keagungan Al Quran dan ketinggian martabatnya.
2. Hukum-hukum : Cara pembagian harta fai-i; perintah bertakwa dan menyiapkan diri untuk kehidupan ukhrawi.
3. Dan lain-lain : Beberapa sifat orang-orang munafik dan orang-orang ahli kitab yang tercela; peringatan-peringatan untuk kaum muslimin.

PENUTUP
Surah ini menerangkan tentang bagaimana seharusnya sikap setiap orang Islam terhadap orang-orang yang tidak Islam yang melakukan tindakan- tindakan yang merugikan umat Islam sebagai yang dilakukan oleh Bani Nadhir; hukum fai-i dan pembagiannya, kewajiban bertakwa; ketinggian dan keagungan Al Quran, kemudian ditutup dengan menyebut sebahagian Al Asmaa-ul Husna.
HUBUNGAN SURAH AL HASYR DENGAN SURAH AL MUMTAHANAH.
Dalam surah Al Hasyr disebutkan bagaimana orang-orang munafik saling tolong-menolong dengan orang-orang Yahudi dalam memusuhi kaum muslimin, sedang dalam surat Al Mumtahanah Allah melarang orang muslim mengangkat orang-orang kafir menjadi pemimpin atau menjadikan mereka teman setia. Dalam pada itu dibolehkan bekerja sama, tolong-menolong dengan mereka selama mereka tidak memusuhi kaum muslimin.





Friday, March 11, 2011

Tsunami Di Jepun 11/03/2011



Maafkan saya sekiranya saya tidak menyambung kepada penjelasan Al-Quran secara nota buat masa ini. So saya akan kongsikan mengenai Tsunami yang Dahsyat melanda Jepun /Japan.

Benarlah peringatan Allah S.W.T Yang Maha Memiliki Segala-Galanya melalui Al-Quran ..Allahuakbar.

So saya akan kongsikan mengapa saya perlu sangat-sangat berkongsi kepada anda tentang apa yang terjadi pada hari yang telah ditakdirkan Allah ini berlaku.Dan sesungguhnya segala janji-janji Allah itu Maha benar.

Tarikh berlaku Tsunami 11 March 2011
11/03/2011 bersamaan hari JUMAAT

(3) Al-i-’Imran



[9]
“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
[10]
Sebenarnya harta benda orang-orang kafir, dan juga anak-pinak mereka tidak sekali-kali akan menyelamatkan mereka dari (azab seksa) Allah sedikit juapun; dan mereka itulah bahan bakaran api neraka.
[11]
(Keadaan orang-orang kafir itu) sama seperti keadaan kaum Firaun, dan orang-orang yang terdahulu dari mereka; mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha berat azab seksaNya.
[12]
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: “Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari kiamat) ke dalam neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan”.









Saudara-saudaraku sekalian, Bacalah Al-Quran dengan pengertian maknanya mudah-mudahan kita diberi rahmat dan petunjuk oleh Allah S.W.T

Gambar-gambar terbaru Tsunami 11/3/2011 di Jepun

Air laut yang sangat deras +-800km/jam menunggang terbalikkan rumah dan kenderaan di Bandar Kesennuma , Jepun.

http://static2.stuff.co.nz/1299844546/559/4760559_600x400.jpg


Lapangan Terbang Sendai , Jepun /Sendai Airport dan gambar kapal terbang ringan dan lain-lain kenderaan bersama rumah bergelimpangan berdekatan Lapangan Terbang Sendai,Jepun.










http://images.scribblelive.com/2011/3/11/eeee3cb9-a7f4-4864-852b-1a6eb4b354ff_500.jpg

Rentetan berita Gempa Bumi/Tsunami yang berlaku di Jepun sehingga jam 12:40pm(waktu CNN)

12:40: Sebuah kapal yang mengangkut 100 orang telah dihentam oleh tsunami, agensi berita Kyodo melaporkan.

12:40: Satu keadaan sangat cemas telah berlaku di stesen janakuasa tenaga nuklear di Fukushima selepas sistem pendinginan gagal.

Setiausaha Kabinet Yukio Edano mengatakan sistem tambahan dibangunkan akibat kegagalan mekanikal dalam sistem yang diperlukan untuk menyejukkan reaktor setelah ditutup pada gempa Jumaat(pagi tadi).

Tidak ada kebocoran radiasi di kilang janakuasa No.1 Fukushima . Dia mengatakan kemudahan itu tidak dalam bahaya langsung.

12:39: Presiden Chile telah meminta negaranya untuk tetap tenang dan memulakan perniagaan seperti biasa walaupun amaran tsunami yang berlaku untuk seluruh pantai Pasifik Amerika.

12:32: Hawaii dan bahagian lain dari Lautan Pasifik sangat terdedah untuk tsunami yang dahsyat Jumaat pagi selepas gempa bumi besar melanda di Jepun.

Siren Tsunami yang terdengar dan daerah pesisir sedang dievakuasi di Hawaii, di mana gelombang pertama dijangka mencapai sekitar 06:00 PST (0300 NZT) Jumaat.

12:01: Sebuah gempa berkekuatan 4.5 telah melanda penduduk Hawaii sebagai pengapit untuk tsunami selepas gempa bumi besar di Jepun.

11:53: Pegawai nuklear Jepun sedang bekerja keras untuk menyejukkan reaktor di kilang nuklear selepas gempa dan tsunami.

11:48: Setidaknya 32 orang kini dikhuatiri terbunuh selepas gempa bumi besar dan tsunami menghentam Jepun.

11:32: Biro cuaca Taiwan mengatakan tsunami kecil yang dihasilkan oleh gempa Jepun telah mencapai pantai tanpa menyebabkan kerosakan.

11:31: Setidaknya 29 orang kini dikhuatiri terbunuh selepas gempa bumi besar dan tsunami menghentam Jepun.

11:19: Setidaknya 26 orang kini dikhuatiri terbunuh selepas gempa bumi besar dan tsunami menghentam Jepun.

11:13: Empat loji kuasa tenaga nuklear yang paling dekat dengan gempa di Jepun telah selamat ditutup, Badan Tenaga Atom Antarabangsa mengatakan.

11:00: Menteri Luar Negeri Murray McCully mengungkapkan keprihatinan yang mendalam dan simpati kepada orang-orang Jepun setelah terjadinya gempa bumi dan tsunami.

"Jepun telah berdiri oleh pihak kita pada saat kita perlukan dalam minggu-minggu selepas tragedi kami di Christchurch Hati kami pergi ke teman-teman kita di Jepun .."Menteri Luar New Zealand

10:39: New Zealand Jabatan Luar Negeri dan Perdagangan menyediakan talian kecemasan dan bantuan setelah gempa Jepun untuk orang yang mencari maklumat tentang keluarga mereka yang menjadi mangsa.


Siapa pun yang mencari maklumat harus menelefon 0800 432 111 atau 04 439 8000.(New Zealand)

22:23: Amaran Tsunami telah dipanjangkan seluruh AS dan pantai barat Kanada.

10:08: Ibu Pejabat Pasifik Selatan (New Zealand) mengatakan bahagian utama daripada gelombang tsunami nampaknya sedang menuju jauh dari Pasifik Selatan.

09:58: Jurucakap Pertahanan Awam New Zealand mengatakan orang ramai harus menjauhi dari pantai sini dari 5:00 pagi esok.

09:57: Palang Merah Antarabangsa mengatakan kebimbangan lintas utama adalah tsunami yang lebih tinggi daripada beberapa Kepulauan Pasifik.
11/03/2011 Baca ke atas
------------------------------------------------------------------------------------------
10/03/2010
21:45: Pejabat Pertahanan Awam New Zealand pegawai mengatakan tsunami kecil akan melanda negeri selepas 06:00 besok, dan memperingatkan perahu bergeser kapal.

21:40: Hampir 70,000 orang berada di dalam Tokyo Disneyland ketika gempa melanda.

21:29: Amaran siren Tsunami telah terdengar di Hawaii.

21:24: Pegawai pemadam kebakaran melaporkan lebih daripada 44 benteng pemecah ombak telah pecah di Jepun utara.

09:23: Perdana Menteri Jepun mengatakan gempa berkekuatan 8.9 menyebabkan "kerosakan besar''di Jepun timur laut.

Tapi Naoto Kan mengatakan kemudahan tenaga nuklear di kawasan itu tidak rosak dan tidak ada kebocoran radiasi.

21:22: 3500 orang rakyat Kiwi disenaraikan tinggal di Jepun.

21:20: Setidaknya lapan orang telah disahkan terbunuh selepas gempa berkekuatan 8,8 dan tsunami di Jepun malam ini.

Sunday, March 6, 2011

58 [QS:] Al Mujaadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)

http://1.bp.blogspot.com/_uyUzy7unVTc/S1Xkje5ML4I/AAAAAAAAAlk/6Mb0nYPkuwo/s400/Mujahid.jpg
MUQADDIMAH
Surah Al Mujaadilah terdiri atas 22 ayat, termasuk golongan surah Madaniyyah, diturunkan sesudah surah Al Munaafiquun. Surat ini dinamai dengan "Al Mujaadilah" (wanita yang mengajukan gugatan) kerana pada awal surat ini .
[1]
Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
[2]
Orang-orang yang “ziharkan” isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
[3]
Dan orang-orang yang “ziharkan” isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
[4]
Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliyah). Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.


Disebutkan bantahan seorang perempuan, menurut riwayat bernama Khaulah binti Tsa'labah terhadap sikap suaminya yang telah menzhiharnya. Hal ini diadukan kepada Rasulullah s.a.w. dan ia menuntut supaya beliau memberikan keputusan yang adil dalam persoalan itu. Dinamai juga "Al Mujaadalah" yang berarti "perbantahan".
Pokok-pokok isinya:
I. Hukum: Hukum zhihar dan sangsi-sangsi bagi orang yang melakukannya bila ia menarik kembali perkataannya; larangan menjadikan musuh Allah sebagai teman.
2. Dan lain-lain: Menjaga adab sopan santun dalam suatu majlis pertemuan; adab sopan santun terhadap Rasulullah s.a.w.

PENUTUP
Surah ini menerangkan tentang zhihar dan hukumnya, larangan mengambil orang kafir sebagai teman akrab serta beberapa hal yang berhubungan dengan adab sopan santun.
HUBUNGAN SURAH AL MUJAADILAH DENGAN SURAH AL HASYR.
1. Pada akhir surah Al Mujaadilah Allah menyatakan bahwa agama Allah akan menang, yaitu pengusiran Bani Nadhir dari Madinah.
2. Dalam surah Al Mujaadilah Allah menyebutkan bahawa orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya akan mendapat kebinasaan, sedang pada surat Al Hasyr Allah menyebutkan bahwa orang-orang yang menentang Allah Allah dan Rasul-Nya akan mendapat azab yang sangat pedih.
3. Dalam surah Al Mujaadilah Allah menyebutkan hal-hal orang-orang munafik dan orang-orang Yahudi dan bagaimana mereka bantu membantu dalam memusuhi kaum muslim, sedang dalam surah Al Hasyr disebutkan kekalahan yang menimpa mereka dan persatuan mereka tidak dapat menolong mereka sedikitpun.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komentar anda dihargai :)

SILA PERHATIKAN DAN FAHAMI VIDEO INI . Mudah-mudahan membuka minda dan hati kita. InsyaAllah


Video di bawah adalah syarahan Almarhum Sheikh Ahmed Deedat, semoga Allah memberkati segala usahanya. Peringatan mengenai Al-Quran ini sangat penting dan perlu diketahui oleh setiap muslim di seluruh dunia.




SAMBUNGANNYA DISINI : KLIK