VIDEO PILIHAN JANUARI 2012

Cari Artikel Lain

Wednesday, July 17, 2013

Kisah Sebenar Perang jamal

Bismillahirrahmaniraahim..
Hari ini hari Rabu 17/7/2013 dah seminggu kita berpuasa Ramadhan.
Tergerak di hati mahu menceritakan perkara sebenar yang menjadi perselisihan faham antara umat Islam mengenai Perang Jamal yang berlaku antara 2 pihak muslimin.Dengan rendah hati saya akan tulis semula kisah ini dengan jelas dan tepat, semoga anak cucu kita masa depan dapat tahu perkara sebenar yang berlaku.

Sebelum itu izinkan saya berikan sumber rujukan terlebih dahulu:
Sejarah 133 wira terbilang Di Zaman Rasulullah S.a.w (Dr. Khalid Muhammad Khalid)2009
Terjemahan dan tambahan oleh Abu Mazaya al Hafiz.
Penerbit Al hidayah Publishers : Selangor.

Riwayat para sahabat Rasulullah S.aw (Edisi Baru) (Ummu Fatimah az Zahra)
Penerbit Jahabersa: Johor Bahru

Aisyah Ummul Mukminin: Keanggunan Sebenar (Sulaiman an Nadawi)2009
Terjemahan Oleh hasnah Daud.
PTS Millenia : Selangor

Khalifah-khalifah yang benar (Abdul Latip Talib)2011
PTS litera.Penerbit PTS:Selangor

Tafsir Mahmud Yunus: Al-Quran Nul Karim Rasm Utmani.(Prof. Dr.mahmud Yunus)2007
Penerbit Klang Book Centre: Selangor.

Mukhtasar Raheeq al Makhtum (Shafiyyurrahman al Mubarakfury)2010
Penerbit Jahabersa : Johor Bahru

Novel Sejarah Islam : Zubair bin Awwam ,Pengiring Nabi (Al Ghazali)2012
PTS litera.Penerbit PTS:Selangor


GERAKAN MENUNTUT KEADILAN.
Setelah peristiwa pembunuhan Khalifah Usman bin Affan,Ali bin Abu Talib telah dilantik sebagai penggantinya.Semasa pelantikan itu dibuat,Negara sedang berada dalam keadaan kacau bilau.Khalifah keempat itu berusaha sebaik mungkin bagi memastikan keadaan dalam negarakembali aman.Beliau dibantu oleh para sahabat dalam menguruskan hal berkaitan pentadbiran Negara.
                Pada masa yang sama ,Zubair bin Awwam dan Talhah bin Ubaidillah masih lagi terganggu dengan berita pembunuhan Khalifah Usman bin Affan.Pembunuhan kejam itu benar-benar memberikan kesan terhadap mereka.
                Mereka berdua segera pergi berjumpa Khalifah Ali bin Abu Talib dan menyambut kedatangan sahabat rapat nabi Muhammad s.a.w dengan gembira.
Mereka berdua sebenarnya ingin memohon keizinan daripada Amirul Mukminin untuk pergi menunaikan umrah.Pembunuhan Khalifah usman bin Affan meninggalkan kesan yang besar dalam hidup mereka.hati mereka berasa tidak tenteram kerana kehilangan seorang sahabat yang dibunuh kejam.
                Khalifah Ali bin Abu Talib memberikan pendapatnya,yang dia sebenarnya sangat keberatan memberi kebenarana kepada mereka pergi ke Makkah.Pentadbiran di bawah pimpinannya masih baru, dan memerlukan bantuan sahabat yang berpengalaman seperti mereka berdua.Tetapi dia juga menyedari kesedihan ynag dialami oleh mereka berdua,Jadi Saidina Ali memberikan keizinan kepada mereka berdua untuk menunaikan umrah.Atas keizinan itu,kedua-dua sahabat rapat ini berterima kasih atas keizinan khalifah umat Islam itu.

                Selepas menyediakan bekalan yang diperlukan sepanjang perjalanan menuju ke Makkah,Zubair dan Talhah segera bertolak dengan diiringi beberapa orang pembantu dan saudara terdekat mereka.
                Ketika menghampiri makkah,rombongan mereka terserempak dengan sebuah lagi rombongan dari Madinah.Selepas diselidik,rupa-rupanya Aisyah binti Abu Bakar berada dalam rombongan itu.Aisyah r.a sedang dalam perjalanan pulang daripada mengerjakan ibadat haji.Selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w ,Aisyah r.a pergi menunaikan umrah pada bulan zulhijjah setiap tahun.
                Apabila kisah pembunuhan uthman bin Affan diberitahu kepada Aisyah r.a,beliau memberikan cadangan supaya mengumpulkan orang ramai bagi melakukan pemulihan social dan politik umat islam.Ia juga menjadi satu cara menyatakan sokongan terhadap pelantikan Ali Bin Abu Talib.Dan cadangan ini dipersetujui bersama Zubair r.a dan Talhah r.a.
                Mereka berpatah balik ke makkah.Di makkah,mereka mengumpulkan umat Islam yang mahu bersama-sama menyertai gerakan perubahan itu.Semasa menuju ke Madinah mereka menyeru umat Islam di sepanjang perjalanan supaya menyokong kepimpinan Ali bin Abu Talib.
                Cadangan daripada Aisyah r.a dan disokong oleh dua orang sahabat rapat nabi Muhammad s.a.w menambahkan lagi keyakinan orang ramai umat Islam menyertai mereka.
                Umat Islam yang menyertai pasukan Aisyah r.a  juga mahu menuntut keadilan ke atas kematian Khalifah Usman bin affan disamping menyatakan sokongan terhadap kepimpinan baru Khalifah Ali bin Abu Talib.
                Sungguhpun demikian , puak pemberontak yang membunuh khalifah usman bin Affan tidak senang dengan perkembangan itu.Mereka menyebarkan hasutan dan fitnah yang Aisyah r.a mahu menentang Khalifah Ali bin Abu Talib.Puak pemberontak bertindak khianat kepada golongan yang mahukan keadilan dan pembelaan.
                Dalam sejarah Islam yang mashur ini , berlakulah satu perang saudara yang dikenali sebagai perang Jamal.Ia adalah satu kisah duka dalam sejarah umat Islam yang gemilang.

PERANG JAMAL
Bulan Jamadil Akhir tahun ke - 36 hijrah
                Akibat salah faham dan campur tangan daripada pihak ketiga,gerakan menuntut keadilan yang dipimpin oleh Aisyah r.a,Zubair r.a dan Thalhah r.a terperangkap dalam kancah peperangan saudara.
                Pihak pemberontak menyerang kawasan perkhemahan yang dihuni penyokong Aisyah r.a dan Zubair r.a.Ketika itu pasukan ini sedang berehat sebentar sebelum menuruskan perjalanan ke Madinah.
                Para pemberontak ini memutuskan bagi melaga-lagakan antara pihak Aisyah r.a dan juga pihak penyokong Khalifah Alib bin Abu Talib.Kemuncak daripada peristiwa ini,anggota pihak pemberontak sejumlah seribu orang menyelinap masuk ke dalam kawasan pasukan Aisyah binti Abu bakar bagi melakukan perbuatan khianat.Selepas dirasakan keadaan sesuai,isyarat diberikan sesame mereka bagi memulakan serangan.
                Serangan dimulakan ke atas khemah-khemah penghuni yang sedang tidur,dibunuh dengan kejam.Selepas semua penghuninya dibunuh,khemah-khemah itu di bakar.
                Ketika pasukan Aisyah r.a menyedari mereka sudah diserang,keadaan menjadi huru hara.Keadaan dalam kem bertukar hingar binger dengan jerit pekik raungan.
                “Kita diserang!” jerit pasukan Aisyah r.a yang panic dengan serangan secara tiba-tiba daripada pihak pemberontak.
                Pihak pemberontak mengambil kesempatan atas keadaan kelam kabut ini .Anggota pemberontak mula berteriak,”Serang!”
                Ramai yang menyangka pasukan Khalifah Ali r.a yang menyerang mereka,Rancangan rapi pihak pemberontak  Berjaya membuatkan ahli pasukan Aisyah r.a tersalah pertimbangan.Menyedari diri mereka diserang,ahli-ahli pasukan Aisyah r.a berteriak kepada rakan-rakan mereka,”Berani sungguh pengikut khalifah Ali r.a menyerang kita.lakukan serangan balas!”
                “Kita serang pasukan Khalifah Ali bin Abu Talib!”
                Pedang yang sedia tersimpan disisi,pantas dicapai, tanpa sebarang persediaan yang rapi,pasukan dibawah bimbingan Aisyah r.a terpaksa menghadapi serangan pihak pemberontak.Melihat ahli pasukan Aisyah r.a sedang marah,ketua anggota pemberontak segera memberikan isyarat supaya mereka berundur.
“Rancangan kita berjalan dengan lancar.Pasukan Aisyah r.a sudah menyangka pengikut khalifah Ali r.a yang menyerang mereka.Meraka akan bertempur sesame sendiri.Kita perlu segera tinggalkan tempat ini!” beritahu ketua pasukan pemberontak itu.
                Ahli pasukan Aisyah r.a yang terpedaya,mula menjerit. “serang pasukan khalifah Ali bin Abu Talib.mereka sudah mengkhianati saudara mereka sendiri!”
                Pasukan Aisyah r.a mula menyerang pasukan khalifah Ali bin Abu Talib.Pedang mula dihunuskan.Tombak dijulang tinggi kelangit.
                Tindakan pasukan Aisyah r.a menimbulkan kekeliruan di pihak khalifah Ali bin Abu Talib.Mereka menyangka pasukan Aisyah r.a berlaku khianat terhadap mereka.
                Walaupun Khalifah Ali bin Abu Talib berusaha sedaya upaya menghalang,namun umat Islam daripada kedua-dua belah pihak sudah tidak dapat mengawal diri mereka lagi.Pasukan Aisyah r.a dan pasukan Khalifah ali bin Abu Talib terus menerus bertempur sesame sendiri.Kedua-dua pihak menunjukkan merekalah yang benar.
                Gusar dan bimbang dengan situasi yang berlaku,Khalifah Ali bin Abu Talib mara ke medan poertempuran dengan menunggang kudanya.beliau menyeru kedua-dua pihak bagi menghentikan serangan,”Undur!Undur!jangan berperang sesame kamu!”
                Namun begitu,tidak ada sesiapa yang mengendahkanseruan khalifah Ali bin Abu Talib.Suara keras beliau tenggelam disebalik gemerencing hunusan pedang yang bertemu dan jerit pekik umat Islam yang sedang berperang.Semua orang begitu ghairah menghunus senjata kearah saudara mereka sendiri.
                Khalifah Ali bin Abu Talib Berusaha dengan menghalang pertempuran antara kedua-dua belah pihak, “Orang Islam sekalian,jangan berperang dengan saudara seagama dengan kamu!”
                Tetapi usaha khalifahAli bin Abu Talib hanya sia-sia.Api kemarahan yang dicetuskan oleh pasukan pemberontak sudah marak.
                Zubair r.a berasa bimbang akan konflik yang sedang berlaku.Dia tidak menyerang ahli pasukan khalifah Ali bin Abu Talib.Sebaliknya dia hanya bertindak mempertahankan diri sendiri tanpa niat mahu mencederakan sesiapa.menumpahkan darah sesame umat Islam bukanlah niat utamanya dating ke Madinah.
                Mata pedang tidak pernah kenal siapakah sasarannya.perkara itulah yang begitu ditakuti oleh Khalifah Ali bin Abu talib.Sekiranya peperanga ini tidak dihentikan segera,ramai umat Islam yang gugur di medan pertempuran di tangan saudara mereka sendiri.
                Bagi menghentikan serangn ini ,khalifah Ali bin Abu Talib mencari Zubair r.a dan Talhah r.a bagi diajak berbincang.mereka berdua adalah pucuk pimpinan tertinggi pasukan Aisyah binti Abu Bakar.
                Sekiranya mereka berdua berundur,ahli pasukan Aisyah r.a akan turut berundur.Ditengah-tengah peperanagn,Khalifah Ali bin Abu Talib Berjaya menemui Zubair dan Talhah sehingga beliau merapati mereka berdua sehingga leher kuda mereka bersentuhan.
                “Wahai saudaraku Talhah,adakah kamu dating bersama-sama isteri Rasulullah bagi berperang dengan saya?” Tanya Khalifah Ali r.a kepada Talhah r.a
                “Demi Allah,kami tidak pernah berniat berperang dengan sesiapa,”balas Talhah bin Ubaidillah kerana kesal dengan apa yang sudah berlaku.
                “Wahai saudaraku Zubair,adakah kamu ingat pesan Rasulullah ketika baginda msih hidup?” kata Khalifah Ali bin Abu Talib kepada Zubair r.a
Ali bin Abu Talib cuba mengingatkan Zubair berkenaan satu peristiwa yang berlaku ketika mereka berjalan bersama Nabi Muhammad s.a.w. Ketika Nabi Muhammad s.a.w masih hidup ,baginda berjalan-jalan di perkampungan Banni Ghanam bersama beberapa orang sahabat.Antaranya termasuklah Zubair bin Awwam.Baginda bertanya kepada Zubair,:Wahai Zubair,adakah engkau cinta kepada saudaramu ,Ali?”
                Zubair menjawab,”Mengapakah saya tidak mencintai sepupuku dan orang yang seagama denganku?”
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w berkata lagi,”Demi Allah,adakah kamu akan memeranginya?”
                “Saya tidak akan sesekali berperang dengan Ali bin Abu Talib,”jawab Zubair.
                Kemudian Nabi Muhammad s.a.w berkata,”Kamu akan memeranginya satu hari nanti dan berlaku zalim kepadanya.”
Khalifah Ali bin Abu Talib terus berbicara kepada mereka sambil mengingatkan mereka berkenaan ikatan iman dan persaudaraan sesama Islam.Thalhah bin Ubaidillah memberitahu khalifah Ali bin Abu Talib, “Kami juga senada denganmu,wahai saudaraku Ali,sebenarnya,kami juga tidak mahukan peperangan ini tercetus,Persaudaraan dan perpaduan antara kita lebih penting dan mengatasi segala-galanya.”
                “Umat Islam tidak wajar bertelagah sehingga menumpahkan darah.Segala permasalahan dan perselisihan faham yang timbul perlulah diselesaikan dengan cara yang paling baik,dan menguntungkan kedua-dua belah pihak,”balas Zubair pula.
“Kami berdua masih bingung dan keliru bagaimana pertempuran ini boleh tercetus.Sedangkan ummul mukminin tidak pernah mengeluarkan arahan supaya mengeluarkan arahan supaya memulakan serangan terhadap kamu,” ujar Thalhah r.a.
“Saya juga tidak pernah mengarahkan anak-anak buah saya bagi menyerang kamu semua.Sudah terang lagi bersuluh,ada pengkhianat dalam kedua-dua pasukan!”
Zubair menyatakan kekesalan, “Kami berdua tidak mahu terus berperang lagi!”
“Bagi menghentikan pertempuran ini ,kami berdua akan mengambil keputusan berundur dari medan perang,”Talhah r.a menyatakan pendapatnya.Dia memandang wajah khalifah Ali bin Abu Talib dan berkata, “Kami berdua adalah pimpinan tertinggi pasukan Aisyah binti Abu Bakar.Sekiranya kami berundur,sudah tentu ahli pasukan yang lain akan turut sama berundur.”
Khalifah Ali bin Abu Talib menggesa mereka supaya bersegera,”Sekiranya begitu,lekaslah kamu berdua berundur dari medan peperangan ini.Peperangan in tidak boleh dibiar berlanjutan.Umat Islam akan menghadapi kerugian yang besar kelak.”
Perang bermula dari waktu pagi yang gelap dan berlangsung sehingga siang hari.Keputusan Zubair r.a dan Thalhah r.a bagi berundur,dituruti oleh ahli pasukan mereka,pasukan Khalifah Ali bin Abu Talib Berjaya mendesak ahli pasukan Aisyah binti Abu Bakar spaya berundur.Tindakan bijak ini Berjaya mengendurkan keadaan.Keadaan di medan peperangan mula reda.Orang Islam tidak lagi berperang sesame mereka.
“Undur!Undur!” jerit ahli kedua-dua pasukan.
“Hentikan seranga kamu!Mereka adalah saudara kita!”
Melihat psukan pimpinan Aisyah r.a sudah berundur,pasukan Khalifah Ali bin Abu Talib turut berundur.mereka Berjaya mengelakkan peperangan daripada menjadi lebih dahsyat.peluang ini digunakan sepenuhnya bagi merawat rakan-rakan yang trercedera.
Namun begitu,pihak pemberontak tidak gembira dengan situasi ini.Mereka mahu orang Islam terus berperang sesame mereka.Ketua pasukan pemberontak berkata kepada anak-anak buahnya dengan suara yang keras,”Thalhah bin Ubaidillah dan Zubair bin Awwam perlu dibunuh dengan segera.Saya mahu mereka berdua mati walau dengan apa cara sekalipun!”
Mendengar arahan daripada ketua mereka,ahli pasukan membeuru Zubair r.a dan Thalhah r.a.
Dua sahabat baik itu meletakkan harga yang sangat tinggi atas tindakan bagi mengelakkan peperangan berlarutan.Zubair bin awwam mempertaruhkan nyawanya sendiri demi mendapatkan keamanan dan mengembalikan perpaduan di kalangan umat Islam.
Thalhah r.a memacu kudanya bagi berundur dari medan perang.Tiba-tiba lembing beracun kena tepat ke bahagian betis Thalhah bin Ubaidillah.Bebrapa pemuda melihat perkara itu segera membantu mengeluarkan tusukan daripada kakinya.
                Pemuda yang memangku Thalhah berkata “bertahanlah,tuan adalah sahabat Rasulullah yang hebat.Seluruh umat Islam akan kehilangan tokoh besar sekiranya tuan sudah tiada nanti.”
Talhah bin Ubaidillah berpesan kepada mereka,”Berjanjilah kepada saya yang kamu semua kan sentiasa menyokong Khalifah Ali bin Abu Talib dalam mentadbir Negara.janganlah kamu berpecah belah dab hiduplah dalam suasana yang aman dan damai.Berpegang teguhlah pada al-Quran dan sunnah Rasulullah,supaya kamu selamat dunia akhirat.”tidak lama kemudian beliau meninggal dunia pada bulan Jamadil akhir tahun ke 36 hijrah seorang lelakiyang menghambakan dirinya demi perjuangan agama Islam,gugur di tengah-tengah medan peperangan.
                Zubair pula menunggang kuda dengan deras.Perjalanan diteruskan sehingga kawasan dikenali Wadi Siba’.Oleh kerana dirinya terlalu letih di memutuskan berehat sebentar disitu.
                Disamping itu ada seorang bernama Amru bin jarmouz mengekori dan berniat jahat.Apabila Zubair r.a  bangkit bagi menunaikan solat dia mengeluarkan sebilah belati lalu menikam Zubair r.a dari belakang dengan beberapa tusukan yang menyebabkan Zubair menghembuskan nafas yang terakhir semasa sedang menghadap tuhannya.
                Tanpa berlengah Amru bin jarmouz mengambil pedang Zubair r.a dan meninggalkan jasadnya terbujur kaku dan dengan tergesa-gesa segera bertemu Khalifah Ali bin Abu Talib Dengan Bangganya.
Saidina Ali r.a bertanya “pedang siapakah yang kamu bawa itu?setahu saya pedang itu kepunyaan Zubair bin Awwam.Mengapa ia berada dalam simpanan kamu?”
“Pedang ini sekarang milik saya,saya membunuhnya”jawab Amru bin jarmouz
Alangkah marahnya Khalifah Ali bin Abu Talib,wajahnya betukar merah padam dan mata merah seperti biji saga.Dia mencekak leher dan mengherdik Amru bin jarmouz,”Mengepakah kamu membunuh sahabat rapat Rasulullah?”
“Zubair bin Awwam sudah menderhaka kepada tuan.Dia sudah menerima hukuman yang setimpal atas perbuatannya itu”jawab Amru seraya membela perbuatannya.
Hendak di bunuh terus Amru bin jarmouz oleh Khalifah Ali bin Abu Talib,tetapi terlalu banyak masalah yang sedang dihadapinya ketika ini.Dia tidak mahu dibebankan lagi dengan bermacam-macam masalah.Beliau menghalau Amru bin Jarmouz “Berambuslah kamu dari sini”
Beliau sangat sedih kerana dalam sehari sahaja dua sahabat agung nabi s.a.w meninggal dunia,tetapi dibunuh oleh saudara seagama sendiri.
                “Sampaikan berita kepada pembunuh putera Safiyyah binti Abdul Mutalib itu,sudah disediakan untuknya api neraka,”kata Khalifah Ali bin Abu Talib kepada pembantunya disamping memegang erat pedang milik Zubair r.a dengan rasa sangat sedih “Demi Allah,pedang ini sudah banyak berjasa.Zubair sering menggunakannya bagi melindungi Rasulullah daripada pelbagai ancaman musuh Allah.”
Setelah mengiringi Aisyah r.a pulang ke Madinah.Khalifah Ali bin Abu Talib kembali ke medan perang.Di medan pertempuran yang menjadi saksi peperangan saudara yang dahsyat,beliau menangisseorang diri.Beberapa pemuda diminta membawa jenazah Zubair dibunuh di wadi Siba’.
Sambil memangku jenazah Zubair di ribanya.Khalifah Ali bin Abu Talib membersihkan debu yang memenuhi kepala,wajah dan janggut Zubiar r.a.Masih berat menanggung kesedihan,”Tidak ada orang yang lebih layak menangisi pemergianmu selain daripada diriku sendiri.”
Akhirnya selepas mengumpulkan jenazah umat Islam yang gugur di medan perang,Khalifah Ali bin Abu Talib mengesat air matanya.Dia menggagahkan kaki bagi berdiri lalu berkata,”Saya sendiri akan mengimami solat jenazah untuk mereka semua.”

Setelah selesai segala urusan pengkebumian jenazah umat Islam,Khalifah Ali menyeka air matanya lalu berkata,”Saya memang mengharap bahawa talhah bin Ubaidillah,Zubair bin awwam,Usman Bin Affan dan diri saya sendiri menjadi salah seorang yang dimaksudkan Allah dalam surah Al-Hijr ayat ke 47 “Dan Kami lenyapkan segala hasad dengki daripada hati mereka sehinggalah menjadikan mereka bersaudara(dalam keadaan kasih mesra),serta mereka duduk berhadapan di pelamin masing-masing.”
Sebelum meninggalkan kubur,Ali bin Abu Talib berkata,:Saya bersaksikan Talhah dan Zubair adalah sahabat Rasulullah di syurga.Semoga Allah merahmati roh mereka berdua dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman.”
Perang saudara yang dikenali dengan Perang Jamal ini adalah satu ujian berat yang terpaksa dihadapi Khalifah Ali Bin Abu Talib.Apatah lagi peperangan ini berlaku di awal tempoh pemerintahannya.Betapa buruknya sikap puak-puak munafik yang memfitnah dan memburuk-burukkan keadaan dan Allah telah sediakan azab yang sangat pedih buat mereka dan para pengikut mereka di Neraka Jahannam.
WallahuAklam.

 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komentar anda dihargai :)

SILA PERHATIKAN DAN FAHAMI VIDEO INI . Mudah-mudahan membuka minda dan hati kita. InsyaAllah


Video di bawah adalah syarahan Almarhum Sheikh Ahmed Deedat, semoga Allah memberkati segala usahanya. Peringatan mengenai Al-Quran ini sangat penting dan perlu diketahui oleh setiap muslim di seluruh dunia.




SAMBUNGANNYA DISINI : KLIK