VIDEO PILIHAN JANUARI 2012

Cari Artikel Lain

Monday, September 2, 2013

Minyak Naik

 Saya kongsikan kisah sedih dan lawak rakyat Malaysia..

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia + 20 sen..hehe (Terima Kasih PM) kerana mendahulukan rakyat..dan Harga Minyak Bermula Hari ini naik dari RM1.90 ke RM2.10 bagi Ron 95..ini bagi mentransformasikan ekonomi rakyat disamping..bla..bla..bla..

Gambar-gambar di bawah buat kenangan pada malam 2 September 2013..sambil-sambil whats app..saya share gambar "lawatan sambil ambil pengajaran" di steseng-steseng minyok di area Paka Kemaman dan gambar dari  kawan2 .
Petronas Kerteh (Dekat MC Donald)
 Petronas Kijal (Dekat Awana Kijal)

 Shell Jalan Jakar,Kemaman
 Petronas Jalan Jakar,Kemaman
 Esso Geliga,Kemaman











Artikel Asal disini PIP HIJAU

Wednesday, July 17, 2013

Kisah Sebenar Perang jamal

Bismillahirrahmaniraahim..
Hari ini hari Rabu 17/7/2013 dah seminggu kita berpuasa Ramadhan.
Tergerak di hati mahu menceritakan perkara sebenar yang menjadi perselisihan faham antara umat Islam mengenai Perang Jamal yang berlaku antara 2 pihak muslimin.Dengan rendah hati saya akan tulis semula kisah ini dengan jelas dan tepat, semoga anak cucu kita masa depan dapat tahu perkara sebenar yang berlaku.

Sebelum itu izinkan saya berikan sumber rujukan terlebih dahulu:
Sejarah 133 wira terbilang Di Zaman Rasulullah S.a.w (Dr. Khalid Muhammad Khalid)2009
Terjemahan dan tambahan oleh Abu Mazaya al Hafiz.
Penerbit Al hidayah Publishers : Selangor.

Riwayat para sahabat Rasulullah S.aw (Edisi Baru) (Ummu Fatimah az Zahra)
Penerbit Jahabersa: Johor Bahru

Aisyah Ummul Mukminin: Keanggunan Sebenar (Sulaiman an Nadawi)2009
Terjemahan Oleh hasnah Daud.
PTS Millenia : Selangor

Khalifah-khalifah yang benar (Abdul Latip Talib)2011
PTS litera.Penerbit PTS:Selangor

Tafsir Mahmud Yunus: Al-Quran Nul Karim Rasm Utmani.(Prof. Dr.mahmud Yunus)2007
Penerbit Klang Book Centre: Selangor.

Mukhtasar Raheeq al Makhtum (Shafiyyurrahman al Mubarakfury)2010
Penerbit Jahabersa : Johor Bahru

Novel Sejarah Islam : Zubair bin Awwam ,Pengiring Nabi (Al Ghazali)2012
PTS litera.Penerbit PTS:Selangor


GERAKAN MENUNTUT KEADILAN.
Setelah peristiwa pembunuhan Khalifah Usman bin Affan,Ali bin Abu Talib telah dilantik sebagai penggantinya.Semasa pelantikan itu dibuat,Negara sedang berada dalam keadaan kacau bilau.Khalifah keempat itu berusaha sebaik mungkin bagi memastikan keadaan dalam negarakembali aman.Beliau dibantu oleh para sahabat dalam menguruskan hal berkaitan pentadbiran Negara.
                Pada masa yang sama ,Zubair bin Awwam dan Talhah bin Ubaidillah masih lagi terganggu dengan berita pembunuhan Khalifah Usman bin Affan.Pembunuhan kejam itu benar-benar memberikan kesan terhadap mereka.
                Mereka berdua segera pergi berjumpa Khalifah Ali bin Abu Talib dan menyambut kedatangan sahabat rapat nabi Muhammad s.a.w dengan gembira.
Mereka berdua sebenarnya ingin memohon keizinan daripada Amirul Mukminin untuk pergi menunaikan umrah.Pembunuhan Khalifah usman bin Affan meninggalkan kesan yang besar dalam hidup mereka.hati mereka berasa tidak tenteram kerana kehilangan seorang sahabat yang dibunuh kejam.
                Khalifah Ali bin Abu Talib memberikan pendapatnya,yang dia sebenarnya sangat keberatan memberi kebenarana kepada mereka pergi ke Makkah.Pentadbiran di bawah pimpinannya masih baru, dan memerlukan bantuan sahabat yang berpengalaman seperti mereka berdua.Tetapi dia juga menyedari kesedihan ynag dialami oleh mereka berdua,Jadi Saidina Ali memberikan keizinan kepada mereka berdua untuk menunaikan umrah.Atas keizinan itu,kedua-dua sahabat rapat ini berterima kasih atas keizinan khalifah umat Islam itu.

Wednesday, May 23, 2012

Sumpah Melayu Islam Terbaik

Assalamualaikum..
Buat orang melayu Islam,bersatulah..buang segala beza politik..kalau tengok bola kat stadium boleh pula duduk sebelah menyebelah..Melayu Islam menghormati,membela,menutup aib kaum lain yang bersangka baik dengan Agama dan bangsa kita :)

Thursday, May 10, 2012

Jawapan Isu Memali terhadap fitnah Zulkifli Nordin




InsyaAllah, Ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya syahid,
ini jawapan admin kepada manusia yang bernama Zulkifli Nordin
oi Zul,ko nak tanggung fitnah ini sampai ke mati..
Teliti hadith di bawah ini berkenaan hadith,
Isu Memali ialah isu di mana Ustaz Ibrahim Libya telah diftnah dan dianiya oleh pihak berkuasa pada masa itu.

Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel r.a. (beliau adalah salah seorang antara sepuluh orang yang disaksikan akan memasuki syurga) katanya,: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid”.(Abu Daud dan at-Tirmidzi)




Mangsa Memali diiktiraf syahid oleh anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Almarhum Tuan Guru Yahya Joned, malah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah juga pernah mencemar duli menyiram air mawar di pusara para syuhada. sekarang aku nk tanya zul ni bukan ke boleh dianggap derhaka coz telah menghina penghormatan yang diberikan sultan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komentar anda dihargai :)

SILA PERHATIKAN DAN FAHAMI VIDEO INI . Mudah-mudahan membuka minda dan hati kita. InsyaAllah


Video di bawah adalah syarahan Almarhum Sheikh Ahmed Deedat, semoga Allah memberkati segala usahanya. Peringatan mengenai Al-Quran ini sangat penting dan perlu diketahui oleh setiap muslim di seluruh dunia.




SAMBUNGANNYA DISINI : KLIK