VIDEO PILIHAN JANUARI 2012

Cari Artikel Lain

Wednesday, July 14, 2010

Phase 3 pt. 20 (Selamatkan Dunia, Bunuh Dunia)

Phase 3 merupakan satu lagi dokumentari mengagumkan dari Noreaga & Achernahr yang juga pengarah bagi siri The Arrivals, dan The Divine Book. Siri ini akan cuba mendedahkan kepada para penonton tentang kehidupan duniawi kita yang penuh dengan penipuan dan ketidakadilan. Dari penajajahan imperialisme hinggalah ke cara makanan harian kita diproses, semuanya dikawal oleh sebuah sistem yang cuba memesongkan kita dari kehidupan yang sebenar. Terima kasih pergi kepada Noreaga & Achernahr kerana bertungkus-lumus menghasilkan siri ini.




credit Buat Fr33DoMFighT3Rz

Petikan Ulasan beliau:
Saya akan berhenti subbing buat sementara waktu (atau mungkin selama-lamanya) selepas video ini. Harap terjemahan saya dapat berikan kefahaman kepada semua yang menonton. Jika ada salah dan silap dalam subbing saya, ataupun apa-apa silap yang lain berkenaan diri saya, saya mohon maaf. Dan jika ada sesiapa yang diberi hidayah, petunjuk, ataupun apa-apa kebaikan dan manfaat dari video-video ini, terima kasih hanya pergi kepada Allah yang Maha Kuasa. Harap jangan ada sesiapa yang terlalu takjub dengan video-video ini sehinggakan lupa akan agama. Ingat, bukan video ini yang memberi kamu hidayah ataupun petunjuk, hanya Allah yang memberikannya. Video-video ini hanya membantu membuka mata penonton. Tetapi perlu diingatkan juga, jangan anggap kesemua isi yang terkandung dalam video-video ini betul-betul benar. Anggaplah ia sebagai satu kajian teliti yang seterusnya akan dikaji semula oleh penonton, kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan kepada yang sudah diberi petunjuk, dan sudah bermula membuat amal kebajikan, harap dapat mengekalkannya sehingga akhir hayat mereka. Jangan jadi macam sesetengah orang, insaf sekejap, tapi lama-lama mula balik tabiat buruk mereka. Akhir kata, sebarkanlah video-video ini kepada rakyat Malaysia kita yang lain. Dan sebarkannya dengan niat yang betul. Moga-moga kita semua mendapat sebahagian dari pahala dakwah ini. Dan moga-moga kita semua dirahmati Allah S.W.T. Sekarang saya serahkan segalanya kepada Allah, dan juga kepada para penonton. Kamu boleh pilih untuk mengongsi dan menyebarkan video-video ini kepada semua orang di dunia, ataupun kamu boleh pilih untuk berdiam diri sahaja dan menyimpannya untuk kamu seorang. Terpulang kepada kamu. Sekian sahaja dari saya, saya ucapkan assalamualaikum dan selamat berjaya kepada semua.

Phase 3 pt. 19 (Cahaya di dalam)

Phase 3 pt. 18 (Mengatasi Sifat Tidak Bertoleransi antara Agama)

Phase 3 pt. 17 (Mencari Keseimbangannya)

Phase 3 pt. 16 (Pembunuhan Berfesyen)

Phase 3 pt. 15 (Racun yang Diutamakan)

Phase 3 pt. 14 (Sistem Perindustrian Makanan)

Phase 3 pt. 13 (Perangkap-perangkap Zaman Ini)

Phase 3 pt. 12 (Hidup tetapi Mati)

Phase 3 pt. 11 (Komputerasi Manusia)

Phase 3 pt. 10 (Fasa 3)

Phase 3 pt. 9 (Perbezaan Yahudi dan Zionisme)

Phase 3 pt. 8 (Tanah Suci)

Phase 3 pt. 7 (Imperialisme: Peperangan atau Persetujuan)

Phase 3 pt. 6 (Tamadun Barat Moden)

Phase 3 pt. 5 (Penampilan & Kenyataannya)

Phase 3 pt. 4 (Globalisasi & Kapitalism)

Phase 3 pt. 3 (Zaman Penipuan Besar-Besaran)

Phase 3 pt. 2 (Perlambangan Keagamaan)

Phase 3 pt. 1 (Intro)

Phase 3 merupakan satu lagi dokumentari mengagumkan dari Noreaga & Achernahr yang juga pengarah bagi siri The Arrivals, dan The Divine Book. Siri ini akan cuba mendedahkan kepada para penonton tentang kehidupan duniawi kita yang penuh dengan penipuan dan ketidakadilan. Dari penajajahan imperialisme hinggalah ke cara makanan harian kita diproses, semuanya dikawal oleh sebuah sistem yang cuba memesongkan kita dari kehidupan yang sebenar. Terima kasih pergi kepada Noreaga & Achernahr kerana bertungkus-lumus menghasilkan siri ini

Perhambaan yang Dipersetujui Part 8



Dokumentari bersiri hebat terbitan Bushwack productions daripada Wakeup Project ini bukan saja satu usaha untuk mendedahkan penipuan yang sedang berlaku pada masa lalu dan kini seperti kebanyakan dokumentari yang telah ditayangkan sebelum ini, malah siri ini cuba untuk mendedahkan komponen-komponen utama yang mungkin akan memberi kekuatan kepada kita supaya mampu dapatkan kembali kawalan, kebebasan, hak-hak, dan maruah kita hanya dengan menggunakan perkiraan yang kita selalu gunakan dalam kehidupan seharian kita, bukan hanya dengan membiarkan saja orang-orang tertentu membuat keputusan untuk kita semua.

NWO (Pemerintahan Baru Dunia) ini bukan saja akan didedahkan, malah akan cuba dibongkar. Bagi mereka yang hanya tahu mengeluh berkenaan sistem ini tetapi menolak untuk mendidik diri mereka sendiri supaya mereka dapat berdiri untuk diri sendiri dan juga orang lain, hanya akan mengukuhkan lagi sistem yang mereka cuba patahkan ini.

Siri Slavery by Consent (Perhambaan yang Dipersetujui) ini telah diterbitkan dan disunting sendiri oleh Bushwack, Bushwack Productions daripada Wakeup Project.

Semoga anda semua dapat menonton dan fahami mesej siri ini, dan yang paling penting anda SEBARKANLAH mesej tersebut demi kebaikan kita semua.

Semoga kita dicucuri rahmat daripada Allah SWT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komentar anda dihargai :)

SILA PERHATIKAN DAN FAHAMI VIDEO INI . Mudah-mudahan membuka minda dan hati kita. InsyaAllah


Video di bawah adalah syarahan Almarhum Sheikh Ahmed Deedat, semoga Allah memberkati segala usahanya. Peringatan mengenai Al-Quran ini sangat penting dan perlu diketahui oleh setiap muslim di seluruh dunia.




SAMBUNGANNYA DISINI : KLIK