VIDEO PILIHAN JANUARI 2012

Cari Artikel Lain

Monday, November 29, 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432

Assalamualaikum semua,
Artikel ini di tulis sebenarnya ingin mengingatkan anda kepada 2 tahun baru dalam tempoh yang terdekat ini.
Yang pertama :
Tahun 2011 (kalau diikutkan lagi sebulan disebabkan pada hari esok selepas artikel ini ditulis ialah 1 Disember 2010)
Yang Kedua:
Tahun Baru Hijrah 1432 :
Kalau dilihat daripada kalender yang saya semak , tidak silap pada 7 Disember 2010 ini akan menjadi tekad / semangat baru dan buku baru yang sangat penting bagi umat Islam iaitu 1 Muharram 1432 Hijrah.

Saya akan memilih yang kedua iaitu tahun 1432 hijrah , sebagai tanda penghargaan dan keterujaan saya menyambut tahun dan semangat yang baru.Perlu juga diingat umur kita semakin tua dan segala apa yang dijanji buat umat akhir zaman ini pasti akan berlaku, segalanya dengan izin Allah. Mudah-mudahan Al-Quran menjadi panduan kita yang paling lurus.

Izinkan saya memulakan catatatn artikel ini dengan satu perkongsian yang sangat penting tidak kira kepada sesiapapun yang membacanya iaitu kefahaman kita dengan surah yang kita baca setiap hari, 5 kali sehari iaitu surah Al-Fatehah.
Saya yakin sesiapa yang dilahirkan dalam keluarga Islam insyaAllah boleh membaca dan menghafalnya dengan lancar.Tidak lupa juga kepada yang hanya tahu menghafal tetapi samar-samar atau tidak faham langsung apa yang dimaksudkan dalam surah Al-Fatehah ini.

Saya akan kongsikan kepada anda erti Surah Al-Fatehah (Pembukaan)

Surah 1

PEMBUKAAN

(7 ayat)

1:1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasih.

1:2. Segala puji bagi Allah, Pemelihara sekalian alam.

1:3. Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasih.

1:4. Yang Menguasai Hari Agama/Pembalasan/Pemerintahan (Pengadilan).

1:5. Kepada Engkau sahaja kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan.

1:6. Tunjukkanlah kami jalan lurus,

1:7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Cuba lihat ayat yang ke-6 iaitu "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus"
Kita baca berulang-ulang kali setiap hari dan insyaAllah saya akan kongsikan kepada anda apa yang dimaksudkan itu dengan izin Allah(InsyaAllah).

Dan ayat ini akan saya kongsikan kepada anda tentang apa yang dimaksudkan dengan bacaan kita setiap hari iaitu ' Ihdinas sirotal Mustaqim' iaitu pada surah ke 17 (Al-Isra')Perjalanan di malam Hari@ Surah bani israel pada ayat ke 9.

17:9. Sesungguhnya al-Qur'an ini memberi petunjuk pada jalan yang paling lurus, dan memberi berita gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

Video di bawah tentangSurah Ke 17 (Al-Isra') Surah Perjalanan Malam/bani Israel syarahan Al Marhum Ahmed Husien Deedat.



Mudah-mudahan kepada diri sendiri dan anda juga akan mengamalkannya hingga akhir hayat kita dengan ikhlas.Saya syorkan kepada anda belilah senaskhah kitab Al-Quran terjemahan.Saya Ulang sekali lagi Belilah Al-Quran beserta terjemahannya.Penting,penting dan sangat penting untuk kita semua umat akhir zaman.Banyak ekali ayat-ayat Al-Quran yang memberi tanda dan peringatan buat kita.

Ok,saya akan teruskan mengenai apa yang penting untuk menyambut tahun baru 1432 Hijrah ini.

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

(9)At-Taubah[36]
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)

2:91. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Percayalah kepada apa yang Allah menurunkan", mereka berkata, "Kami mempercayai apa yang diturunkan kepada kami", dan mereka tidak percaya kepada apa yang sesudah itu, sedang ia yang benar, yang mengesahkan apa yang bersama mereka. Katakanlah, "Mengapa pula kamu membunuh Nabi-Nabi Allah masa dahulu, jika kamu orang-orang mukmin?".

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan
dalam Hijrah.
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi
peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih
dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi
ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada d dalamnya
selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya
dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan ‘Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Semoga tahun baru ini membawa keberkahan pada diri kita semua dan umat
Islam sedunia, Ameen.
…………………………………………………………………………………………………..
DOA AWAL TAHUN

Segala Puji Hanya Bagi Allah, Tuhan Yang Memelihara dan Mentadbir Sekalian Alam. Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Kami Nabi Muhammad SAW Serta Keluarga Baginda Dan Para Sahabatnya.

Ya Allah ! Engkaulah Yang Kekal Abadi Untuk Selama-Lamanya. Demi Kelebihan-Mu Yang Maha Agung Dan Kemurahan-Mu Yang Melimpah, Sesungguhnya Pada Tahun Baru Ini Aku Memohon Kepada Engkau Perlindungan Daripada Syaitan Yang Direjam. Dari Sekalian Konconya, Tenteranya Dan Penolongnya.

Aku Juga Memohon Perlindungan Daripada Nafsu Amarah Yang Sentiasa Mendorong Ke Arah Kejahatan Dan Melalaikan Dengan Perkara Yang Tidak Berfaedah Daripada Mendekatkan Diriku Kepada-Mu.

Selawat Serta Salam Ke Atas Junjungan Kami Nabi Muhammad SAW, Dan Ke Atas Keluarga Baginda Dan Para Sahabatnya. Segala Puji Hanya Bagi Allah, Tuhan Yang Memelihara Dan Mentadbir Sekalian Alam.. Amin..

Waktu Membacanya…..
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu Maghrib pada malam 1 Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, " Telah amanlah
anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua orang malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan".

http://i657.photobucket.com/albums/uu294/ibnuimran/kata%20hikmah/doa-awal-tahun-tile-tile.jpghttp://chittychat.files.wordpress.com/2007/12/doa2.jpg

Selamat berhijrah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komentar anda dihargai :)

SILA PERHATIKAN DAN FAHAMI VIDEO INI . Mudah-mudahan membuka minda dan hati kita. InsyaAllah


Video di bawah adalah syarahan Almarhum Sheikh Ahmed Deedat, semoga Allah memberkati segala usahanya. Peringatan mengenai Al-Quran ini sangat penting dan perlu diketahui oleh setiap muslim di seluruh dunia.




SAMBUNGANNYA DISINI : KLIK