MUQADDIMAH
Surah ini terdiri atas 18 ayat, termasuk golongan surah-surah Madaniyyah dan diturunkan sesudah surah At Tahrim.
Nama At Taghaabun diambil dari kata "At Taghaabun" yang terdapat pada ayat ke 9 yang ertinya "hari dinampakkan kesalahan-kesalahan".
[9]
(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), – itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
Pokok-pokok isinya :
I. Keimanan : Seluruh isi alam bertasbih kepada Allah SWT, penjelasan tentang kekuasaan Allah SWT serta keluasan ilmu-Nya; penegasan bahawa semua yang terjadi dalam alam ini adalah atas izin Allah.
2. Hukum-hukum : Perintah ta'at kepada Allah dan Rasul; perintah supaya bertakwa dan menafkahkan harta.
3. Dan lain-lain : Peringatan kepada orang-orang kafir tentang nasib orang-orang dahulu yang menderhakai rasul-rasul; diantara isteri-isteri dan anak-anak seseorang ada yang menjadi musuh baginya; harta dan anak-anak adalah cobaan dan ujian bagi manusia.
No comments:
Post a Comment