Bismillahirrahmaniraahim..
Hari ini hari Rabu 17/7/2013 dah seminggu kita berpuasa Ramadhan.
Tergerak di hati mahu menceritakan perkara sebenar yang menjadi perselisihan faham antara umat Islam mengenai Perang Jamal yang berlaku antara 2 pihak muslimin.Dengan rendah hati saya akan tulis semula kisah ini dengan jelas dan tepat, semoga anak cucu kita masa depan dapat tahu perkara sebenar yang berlaku.
Sebelum itu izinkan saya berikan sumber rujukan terlebih dahulu:
Hari ini hari Rabu 17/7/2013 dah seminggu kita berpuasa Ramadhan.
Tergerak di hati mahu menceritakan perkara sebenar yang menjadi perselisihan faham antara umat Islam mengenai Perang Jamal yang berlaku antara 2 pihak muslimin.Dengan rendah hati saya akan tulis semula kisah ini dengan jelas dan tepat, semoga anak cucu kita masa depan dapat tahu perkara sebenar yang berlaku.
Sebelum itu izinkan saya berikan sumber rujukan terlebih dahulu:
Sejarah 133 wira terbilang Di Zaman Rasulullah S.a.w (Dr.
Khalid Muhammad Khalid)2009
Terjemahan dan tambahan oleh Abu Mazaya al Hafiz.
Penerbit Al hidayah Publishers : Selangor.
Terjemahan dan tambahan oleh Abu Mazaya al Hafiz.
Penerbit Al hidayah Publishers : Selangor.
Riwayat para sahabat Rasulullah S.aw (Edisi Baru) (Ummu Fatimah az Zahra)
Penerbit Jahabersa: Johor Bahru
Aisyah Ummul Mukminin: Keanggunan Sebenar (Sulaiman an
Nadawi)2009
Terjemahan Oleh hasnah Daud.
PTS Millenia : Selangor
PTS Millenia : Selangor
Khalifah-khalifah yang benar (Abdul Latip Talib)2011
PTS litera.Penerbit PTS:Selangor
Tafsir Mahmud Yunus: Al-Quran Nul Karim Rasm Utmani.(Prof.
Dr.mahmud Yunus)2007
Penerbit Klang Book Centre: Selangor.
Penerbit Klang Book Centre: Selangor.
Mukhtasar Raheeq al Makhtum (Shafiyyurrahman al Mubarakfury)2010
Penerbit Jahabersa : Johor Bahru
Novel Sejarah Islam : Zubair bin Awwam ,Pengiring Nabi
(Al Ghazali)2012
PTS litera.Penerbit PTS:Selangor
PTS litera.Penerbit PTS:Selangor
GERAKAN MENUNTUT KEADILAN.
Setelah peristiwa pembunuhan Khalifah Usman bin Affan,Ali
bin Abu Talib telah dilantik sebagai penggantinya.Semasa pelantikan itu dibuat,Negara
sedang berada dalam keadaan kacau bilau.Khalifah keempat itu berusaha sebaik
mungkin bagi memastikan keadaan dalam negarakembali aman.Beliau dibantu oleh
para sahabat dalam menguruskan hal berkaitan pentadbiran Negara.
Pada
masa yang sama ,Zubair bin Awwam dan Talhah bin Ubaidillah masih lagi terganggu
dengan berita pembunuhan Khalifah Usman bin Affan.Pembunuhan kejam itu
benar-benar memberikan kesan terhadap mereka.
Mereka
berdua segera pergi berjumpa Khalifah Ali bin Abu Talib dan menyambut
kedatangan sahabat rapat nabi Muhammad s.a.w dengan gembira.
Mereka berdua sebenarnya ingin memohon keizinan daripada
Amirul Mukminin untuk pergi menunaikan umrah.Pembunuhan Khalifah usman bin
Affan meninggalkan kesan yang besar dalam hidup mereka.hati mereka berasa tidak
tenteram kerana kehilangan seorang sahabat yang dibunuh kejam.
Khalifah
Ali bin Abu Talib memberikan pendapatnya,yang dia sebenarnya sangat keberatan
memberi kebenarana kepada mereka pergi ke Makkah.Pentadbiran di bawah
pimpinannya masih baru, dan memerlukan bantuan sahabat yang berpengalaman
seperti mereka berdua.Tetapi dia juga menyedari kesedihan ynag dialami oleh
mereka berdua,Jadi Saidina Ali memberikan keizinan kepada mereka berdua untuk
menunaikan umrah.Atas keizinan itu,kedua-dua sahabat rapat ini berterima kasih
atas keizinan khalifah umat Islam itu.
Selepas
menyediakan bekalan yang diperlukan sepanjang perjalanan menuju ke
Makkah,Zubair dan Talhah segera bertolak dengan diiringi beberapa orang
pembantu dan saudara terdekat mereka.
Ketika
menghampiri makkah,rombongan mereka terserempak dengan sebuah lagi rombongan
dari Madinah.Selepas diselidik,rupa-rupanya Aisyah binti Abu Bakar berada dalam
rombongan itu.Aisyah r.a sedang dalam perjalanan pulang daripada mengerjakan
ibadat haji.Selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w ,Aisyah r.a pergi menunaikan
umrah pada bulan zulhijjah setiap tahun.
Apabila
kisah pembunuhan uthman bin Affan diberitahu kepada Aisyah r.a,beliau
memberikan cadangan supaya mengumpulkan orang ramai bagi melakukan pemulihan social
dan politik umat islam.Ia juga menjadi satu cara menyatakan sokongan terhadap
pelantikan Ali Bin Abu Talib.Dan cadangan ini dipersetujui bersama Zubair r.a dan
Talhah r.a.
Mereka berpatah
balik ke makkah.Di makkah,mereka mengumpulkan umat Islam yang mahu bersama-sama
menyertai gerakan perubahan itu.Semasa menuju ke Madinah mereka menyeru umat
Islam di sepanjang perjalanan supaya menyokong kepimpinan Ali bin Abu Talib.
Cadangan
daripada Aisyah r.a dan disokong oleh dua orang sahabat rapat nabi Muhammad
s.a.w menambahkan lagi keyakinan orang ramai umat Islam menyertai mereka.
Umat
Islam yang menyertai pasukan Aisyah r.a
juga mahu menuntut keadilan ke atas kematian Khalifah Usman bin affan
disamping menyatakan sokongan terhadap kepimpinan baru Khalifah Ali bin Abu
Talib.
Sungguhpun
demikian , puak pemberontak yang membunuh khalifah usman bin Affan tidak senang
dengan perkembangan itu.Mereka menyebarkan hasutan dan fitnah yang Aisyah r.a
mahu menentang Khalifah Ali bin Abu Talib.Puak pemberontak bertindak khianat
kepada golongan yang mahukan keadilan dan pembelaan.
Dalam
sejarah Islam yang mashur ini , berlakulah satu perang saudara yang dikenali
sebagai perang Jamal.Ia adalah satu kisah duka dalam sejarah umat Islam yang
gemilang.
PERANG JAMAL
Bulan Jamadil Akhir tahun ke - 36 hijrah
Akibat salah
faham dan campur tangan daripada pihak ketiga,gerakan menuntut keadilan yang
dipimpin oleh Aisyah r.a,Zubair r.a dan Thalhah r.a terperangkap dalam kancah
peperangan saudara.
Pihak
pemberontak menyerang kawasan perkhemahan yang dihuni penyokong Aisyah r.a dan
Zubair r.a.Ketika itu pasukan ini sedang berehat sebentar sebelum menuruskan
perjalanan ke Madinah.
Para pemberontak
ini memutuskan bagi melaga-lagakan antara pihak Aisyah r.a dan juga pihak
penyokong Khalifah Alib bin Abu Talib.Kemuncak daripada peristiwa ini,anggota
pihak pemberontak sejumlah seribu orang menyelinap masuk ke dalam kawasan
pasukan Aisyah binti Abu bakar bagi melakukan perbuatan khianat.Selepas
dirasakan keadaan sesuai,isyarat diberikan sesame mereka bagi memulakan
serangan.
Serangan
dimulakan ke atas khemah-khemah penghuni yang sedang tidur,dibunuh dengan
kejam.Selepas semua penghuninya dibunuh,khemah-khemah itu di bakar.
Ketika
pasukan Aisyah r.a menyedari mereka sudah diserang,keadaan menjadi huru
hara.Keadaan dalam kem bertukar hingar binger dengan jerit pekik raungan.
“Kita
diserang!” jerit pasukan Aisyah r.a yang panic dengan serangan secara tiba-tiba
daripada pihak pemberontak.
Pihak
pemberontak mengambil kesempatan atas keadaan kelam kabut ini .Anggota
pemberontak mula berteriak,”Serang!”
Ramai
yang menyangka pasukan Khalifah Ali r.a yang menyerang mereka,Rancangan rapi
pihak pemberontak Berjaya membuatkan
ahli pasukan Aisyah r.a tersalah pertimbangan.Menyedari diri mereka
diserang,ahli-ahli pasukan Aisyah r.a berteriak kepada rakan-rakan mereka,”Berani
sungguh pengikut khalifah Ali r.a menyerang kita.lakukan serangan balas!”
“Kita
serang pasukan Khalifah Ali bin Abu Talib!”
Pedang
yang sedia tersimpan disisi,pantas dicapai, tanpa sebarang persediaan yang
rapi,pasukan dibawah bimbingan Aisyah r.a terpaksa menghadapi serangan pihak
pemberontak.Melihat ahli pasukan Aisyah r.a sedang marah,ketua anggota
pemberontak segera memberikan isyarat supaya mereka berundur.
“Rancangan kita berjalan dengan lancar.Pasukan Aisyah r.a
sudah menyangka pengikut khalifah Ali r.a yang menyerang mereka.Meraka akan
bertempur sesame sendiri.Kita perlu segera tinggalkan tempat ini!” beritahu
ketua pasukan pemberontak itu.
Ahli
pasukan Aisyah r.a yang terpedaya,mula menjerit. “serang pasukan khalifah Ali
bin Abu Talib.mereka sudah mengkhianati saudara mereka sendiri!”
Pasukan
Aisyah r.a mula menyerang pasukan khalifah Ali bin Abu Talib.Pedang mula
dihunuskan.Tombak dijulang tinggi kelangit.
Tindakan
pasukan Aisyah r.a menimbulkan kekeliruan di pihak khalifah Ali bin Abu
Talib.Mereka menyangka pasukan Aisyah r.a berlaku khianat terhadap mereka.
Walaupun
Khalifah Ali bin Abu Talib berusaha sedaya upaya menghalang,namun umat Islam
daripada kedua-dua belah pihak sudah tidak dapat mengawal diri mereka lagi.Pasukan
Aisyah r.a dan pasukan Khalifah ali bin Abu Talib terus menerus bertempur sesame
sendiri.Kedua-dua pihak menunjukkan merekalah yang benar.
Gusar
dan bimbang dengan situasi yang berlaku,Khalifah Ali bin Abu Talib mara ke
medan poertempuran dengan menunggang kudanya.beliau menyeru kedua-dua pihak
bagi menghentikan serangan,”Undur!Undur!jangan berperang sesame kamu!”
Namun
begitu,tidak ada sesiapa yang mengendahkanseruan khalifah Ali bin Abu
Talib.Suara keras beliau tenggelam disebalik gemerencing hunusan pedang yang
bertemu dan jerit pekik umat Islam yang sedang berperang.Semua orang begitu
ghairah menghunus senjata kearah saudara mereka sendiri.
Khalifah
Ali bin Abu Talib Berusaha dengan menghalang pertempuran antara kedua-dua belah
pihak, “Orang Islam sekalian,jangan berperang dengan saudara seagama dengan
kamu!”
Tetapi
usaha khalifahAli bin Abu Talib hanya sia-sia.Api kemarahan yang dicetuskan
oleh pasukan pemberontak sudah marak.
Zubair
r.a berasa bimbang akan konflik yang sedang berlaku.Dia tidak menyerang ahli
pasukan khalifah Ali bin Abu Talib.Sebaliknya dia hanya bertindak
mempertahankan diri sendiri tanpa niat mahu mencederakan sesiapa.menumpahkan
darah sesame umat Islam bukanlah niat utamanya dating ke Madinah.
Mata pedang
tidak pernah kenal siapakah sasarannya.perkara itulah yang begitu ditakuti oleh
Khalifah Ali bin Abu talib.Sekiranya peperanga ini tidak dihentikan
segera,ramai umat Islam yang gugur di medan pertempuran di tangan saudara
mereka sendiri.
Bagi menghentikan
serangn ini ,khalifah Ali bin Abu Talib mencari Zubair r.a dan Talhah r.a bagi
diajak berbincang.mereka berdua adalah pucuk pimpinan tertinggi pasukan Aisyah
binti Abu Bakar.
Sekiranya
mereka berdua berundur,ahli pasukan Aisyah r.a akan turut
berundur.Ditengah-tengah peperanagn,Khalifah Ali bin Abu Talib Berjaya menemui
Zubair dan Talhah sehingga beliau merapati mereka berdua sehingga leher kuda
mereka bersentuhan.
“Wahai
saudaraku Talhah,adakah kamu dating bersama-sama isteri Rasulullah bagi
berperang dengan saya?” Tanya Khalifah Ali r.a kepada Talhah r.a
“Demi
Allah,kami tidak pernah berniat berperang dengan sesiapa,”balas Talhah bin
Ubaidillah kerana kesal dengan apa yang sudah berlaku.
“Wahai saudaraku Zubair,adakah kamu ingat pesan Rasulullah ketika baginda msih hidup?” kata Khalifah Ali bin Abu Talib kepada Zubair r.a
“Wahai saudaraku Zubair,adakah kamu ingat pesan Rasulullah ketika baginda msih hidup?” kata Khalifah Ali bin Abu Talib kepada Zubair r.a
Ali bin Abu Talib cuba mengingatkan
Zubair berkenaan satu peristiwa yang berlaku ketika mereka berjalan bersama
Nabi Muhammad s.a.w. Ketika Nabi Muhammad s.a.w masih hidup ,baginda
berjalan-jalan di perkampungan Banni Ghanam bersama beberapa orang
sahabat.Antaranya termasuklah Zubair bin Awwam.Baginda bertanya kepada
Zubair,:Wahai Zubair,adakah engkau cinta kepada saudaramu ,Ali?”
Zubair
menjawab,”Mengapakah saya tidak mencintai sepupuku dan orang yang seagama
denganku?”
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w
berkata lagi,”Demi Allah,adakah kamu akan memeranginya?”
“Saya
tidak akan sesekali berperang dengan Ali bin Abu Talib,”jawab Zubair.
Kemudian
Nabi Muhammad s.a.w berkata,”Kamu akan memeranginya satu hari nanti dan berlaku
zalim kepadanya.”
Khalifah Ali bin Abu Talib terus
berbicara kepada mereka sambil mengingatkan mereka berkenaan ikatan iman dan
persaudaraan sesama Islam.Thalhah bin Ubaidillah memberitahu khalifah Ali bin
Abu Talib, “Kami juga senada denganmu,wahai saudaraku Ali,sebenarnya,kami juga
tidak mahukan peperangan ini tercetus,Persaudaraan dan perpaduan antara kita
lebih penting dan mengatasi segala-galanya.”
“Umat
Islam tidak wajar bertelagah sehingga menumpahkan darah.Segala permasalahan dan
perselisihan faham yang timbul perlulah diselesaikan dengan cara yang paling
baik,dan menguntungkan kedua-dua belah pihak,”balas Zubair pula.
“Kami berdua masih bingung dan
keliru bagaimana pertempuran ini boleh tercetus.Sedangkan ummul mukminin tidak
pernah mengeluarkan arahan supaya mengeluarkan arahan supaya memulakan serangan
terhadap kamu,” ujar Thalhah r.a.
“Saya juga tidak pernah mengarahkan
anak-anak buah saya bagi menyerang kamu semua.Sudah terang lagi bersuluh,ada
pengkhianat dalam kedua-dua pasukan!”
Zubair menyatakan kekesalan, “Kami
berdua tidak mahu terus berperang lagi!”
“Bagi menghentikan pertempuran ini
,kami berdua akan mengambil keputusan berundur dari medan perang,”Talhah r.a
menyatakan pendapatnya.Dia memandang wajah khalifah Ali bin Abu Talib dan
berkata, “Kami berdua adalah pimpinan tertinggi pasukan Aisyah binti Abu
Bakar.Sekiranya kami berundur,sudah tentu ahli pasukan yang lain akan turut sama
berundur.”
Khalifah Ali bin Abu Talib menggesa
mereka supaya bersegera,”Sekiranya begitu,lekaslah kamu berdua berundur dari
medan peperangan ini.Peperangan in tidak boleh dibiar berlanjutan.Umat Islam
akan menghadapi kerugian yang besar kelak.”
Perang bermula dari waktu pagi yang
gelap dan berlangsung sehingga siang hari.Keputusan Zubair r.a dan Thalhah r.a
bagi berundur,dituruti oleh ahli pasukan mereka,pasukan Khalifah Ali bin Abu
Talib Berjaya mendesak ahli pasukan Aisyah binti Abu Bakar spaya
berundur.Tindakan bijak ini Berjaya mengendurkan keadaan.Keadaan di medan
peperangan mula reda.Orang Islam tidak lagi berperang sesame mereka.
“Undur!Undur!” jerit ahli kedua-dua
pasukan.
“Hentikan seranga kamu!Mereka
adalah saudara kita!”
Melihat psukan pimpinan Aisyah r.a
sudah berundur,pasukan Khalifah Ali bin Abu Talib turut berundur.mereka Berjaya
mengelakkan peperangan daripada menjadi lebih dahsyat.peluang ini digunakan
sepenuhnya bagi merawat rakan-rakan yang trercedera.
Namun begitu,pihak pemberontak
tidak gembira dengan situasi ini.Mereka mahu orang Islam terus berperang sesame
mereka.Ketua pasukan pemberontak berkata kepada anak-anak buahnya dengan suara
yang keras,”Thalhah bin Ubaidillah dan Zubair bin Awwam perlu dibunuh dengan
segera.Saya mahu mereka berdua mati walau dengan apa cara sekalipun!”
Mendengar arahan daripada ketua
mereka,ahli pasukan membeuru Zubair r.a dan Thalhah r.a.
Dua sahabat baik itu meletakkan
harga yang sangat tinggi atas tindakan bagi mengelakkan peperangan
berlarutan.Zubair bin awwam mempertaruhkan nyawanya sendiri demi mendapatkan
keamanan dan mengembalikan perpaduan di kalangan umat Islam.
Thalhah r.a memacu kudanya bagi
berundur dari medan perang.Tiba-tiba lembing beracun kena tepat ke bahagian
betis Thalhah bin Ubaidillah.Bebrapa pemuda melihat perkara itu segera membantu
mengeluarkan tusukan daripada kakinya.
Pemuda yang memangku Thalhah berkata “bertahanlah,tuan adalah sahabat Rasulullah yang hebat.Seluruh umat Islam akan kehilangan tokoh besar sekiranya tuan sudah tiada nanti.”
Pemuda yang memangku Thalhah berkata “bertahanlah,tuan adalah sahabat Rasulullah yang hebat.Seluruh umat Islam akan kehilangan tokoh besar sekiranya tuan sudah tiada nanti.”
Talhah bin Ubaidillah berpesan
kepada mereka,”Berjanjilah kepada saya yang kamu semua kan sentiasa menyokong
Khalifah Ali bin Abu Talib dalam mentadbir Negara.janganlah kamu berpecah belah
dab hiduplah dalam suasana yang aman dan damai.Berpegang teguhlah pada al-Quran
dan sunnah Rasulullah,supaya kamu selamat dunia akhirat.”tidak lama kemudian
beliau meninggal dunia pada bulan Jamadil akhir tahun ke 36 hijrah seorang
lelakiyang menghambakan dirinya demi perjuangan agama Islam,gugur di
tengah-tengah medan peperangan.
Zubair pula menunggang kuda dengan deras.Perjalanan diteruskan sehingga kawasan dikenali Wadi Siba’.Oleh kerana dirinya terlalu letih di memutuskan berehat sebentar disitu.
Disamping itu ada seorang bernama Amru bin jarmouz mengekori dan berniat jahat.Apabila Zubair r.a bangkit bagi menunaikan solat dia mengeluarkan sebilah belati lalu menikam Zubair r.a dari belakang dengan beberapa tusukan yang menyebabkan Zubair menghembuskan nafas yang terakhir semasa sedang menghadap tuhannya.
Tanpa berlengah Amru bin jarmouz mengambil pedang Zubair r.a dan meninggalkan jasadnya terbujur kaku dan dengan tergesa-gesa segera bertemu Khalifah Ali bin Abu Talib Dengan Bangganya.
Zubair pula menunggang kuda dengan deras.Perjalanan diteruskan sehingga kawasan dikenali Wadi Siba’.Oleh kerana dirinya terlalu letih di memutuskan berehat sebentar disitu.
Disamping itu ada seorang bernama Amru bin jarmouz mengekori dan berniat jahat.Apabila Zubair r.a bangkit bagi menunaikan solat dia mengeluarkan sebilah belati lalu menikam Zubair r.a dari belakang dengan beberapa tusukan yang menyebabkan Zubair menghembuskan nafas yang terakhir semasa sedang menghadap tuhannya.
Tanpa berlengah Amru bin jarmouz mengambil pedang Zubair r.a dan meninggalkan jasadnya terbujur kaku dan dengan tergesa-gesa segera bertemu Khalifah Ali bin Abu Talib Dengan Bangganya.
Saidina Ali r.a bertanya “pedang
siapakah yang kamu bawa itu?setahu saya pedang itu kepunyaan Zubair bin
Awwam.Mengapa ia berada dalam simpanan kamu?”
“Pedang ini sekarang milik saya,saya
membunuhnya”jawab Amru bin jarmouz
Alangkah marahnya Khalifah Ali bin
Abu Talib,wajahnya betukar merah padam dan mata merah seperti biji saga.Dia
mencekak leher dan mengherdik Amru bin jarmouz,”Mengepakah kamu membunuh
sahabat rapat Rasulullah?”
“Zubair bin Awwam sudah menderhaka
kepada tuan.Dia sudah menerima hukuman yang setimpal atas perbuatannya itu”jawab
Amru seraya membela perbuatannya.
Hendak di bunuh terus Amru bin
jarmouz oleh Khalifah Ali bin Abu Talib,tetapi terlalu banyak masalah yang
sedang dihadapinya ketika ini.Dia tidak mahu dibebankan lagi dengan
bermacam-macam masalah.Beliau menghalau Amru bin Jarmouz “Berambuslah kamu dari
sini”
Beliau sangat sedih kerana dalam sehari sahaja dua sahabat
agung nabi s.a.w meninggal dunia,tetapi dibunuh oleh saudara seagama sendiri.
“Sampaikan
berita kepada pembunuh putera Safiyyah binti Abdul Mutalib itu,sudah disediakan
untuknya api neraka,”kata Khalifah Ali bin Abu Talib kepada pembantunya
disamping memegang erat pedang milik Zubair r.a dengan rasa sangat sedih “Demi
Allah,pedang ini sudah banyak berjasa.Zubair sering menggunakannya bagi
melindungi Rasulullah daripada pelbagai ancaman musuh Allah.”
Setelah mengiringi Aisyah r.a
pulang ke Madinah.Khalifah Ali bin Abu Talib kembali ke medan perang.Di medan
pertempuran yang menjadi saksi peperangan saudara yang dahsyat,beliau menangisseorang
diri.Beberapa pemuda diminta membawa jenazah Zubair dibunuh di wadi Siba’.
Sambil memangku jenazah Zubair di
ribanya.Khalifah Ali bin Abu Talib membersihkan debu yang memenuhi kepala,wajah
dan janggut Zubiar r.a.Masih berat menanggung kesedihan,”Tidak ada orang yang
lebih layak menangisi pemergianmu selain daripada diriku sendiri.”
Akhirnya selepas mengumpulkan
jenazah umat Islam yang gugur di medan perang,Khalifah Ali bin Abu Talib
mengesat air matanya.Dia menggagahkan kaki bagi berdiri lalu berkata,”Saya
sendiri akan mengimami solat jenazah untuk mereka semua.”
Setelah selesai segala urusan pengkebumian jenazah umat Islam,Khalifah Ali menyeka air matanya lalu berkata,”Saya memang mengharap bahawa talhah bin Ubaidillah,Zubair bin awwam,Usman Bin Affan dan diri saya sendiri menjadi salah seorang yang dimaksudkan Allah dalam surah Al-Hijr ayat ke 47 “Dan Kami lenyapkan segala hasad dengki daripada hati mereka sehinggalah menjadikan mereka bersaudara(dalam keadaan kasih mesra),serta mereka duduk berhadapan di pelamin masing-masing.”
Sebelum meninggalkan kubur,Ali bin
Abu Talib berkata,:Saya bersaksikan Talhah dan Zubair adalah sahabat Rasulullah
di syurga.Semoga Allah merahmati roh mereka berdua dan menempatkannya dalam
kalangan orang yang beriman.”
Perang saudara yang dikenali dengan
Perang Jamal ini adalah satu ujian berat yang terpaksa dihadapi Khalifah Ali
Bin Abu Talib.Apatah lagi peperangan ini berlaku di awal tempoh pemerintahannya.Betapa
buruknya sikap puak-puak munafik yang memfitnah dan memburuk-burukkan keadaan
dan Allah telah sediakan azab yang sangat pedih buat mereka dan para pengikut
mereka di Neraka Jahannam.
WallahuAklam.
WallahuAklam.
No comments:
Post a Comment