VIDEO PILIHAN JANUARI 2012

Cari Artikel Lain

Monday, November 29, 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432

Assalamualaikum semua,
Artikel ini di tulis sebenarnya ingin mengingatkan anda kepada 2 tahun baru dalam tempoh yang terdekat ini.
Yang pertama :
Tahun 2011 (kalau diikutkan lagi sebulan disebabkan pada hari esok selepas artikel ini ditulis ialah 1 Disember 2010)
Yang Kedua:
Tahun Baru Hijrah 1432 :
Kalau dilihat daripada kalender yang saya semak , tidak silap pada 7 Disember 2010 ini akan menjadi tekad / semangat baru dan buku baru yang sangat penting bagi umat Islam iaitu 1 Muharram 1432 Hijrah.

Saya akan memilih yang kedua iaitu tahun 1432 hijrah , sebagai tanda penghargaan dan keterujaan saya menyambut tahun dan semangat yang baru.Perlu juga diingat umur kita semakin tua dan segala apa yang dijanji buat umat akhir zaman ini pasti akan berlaku, segalanya dengan izin Allah. Mudah-mudahan Al-Quran menjadi panduan kita yang paling lurus.

Izinkan saya memulakan catatatn artikel ini dengan satu perkongsian yang sangat penting tidak kira kepada sesiapapun yang membacanya iaitu kefahaman kita dengan surah yang kita baca setiap hari, 5 kali sehari iaitu surah Al-Fatehah.
Saya yakin sesiapa yang dilahirkan dalam keluarga Islam insyaAllah boleh membaca dan menghafalnya dengan lancar.Tidak lupa juga kepada yang hanya tahu menghafal tetapi samar-samar atau tidak faham langsung apa yang dimaksudkan dalam surah Al-Fatehah ini.

Saya akan kongsikan kepada anda erti Surah Al-Fatehah (Pembukaan)

Surah 1

PEMBUKAAN

(7 ayat)

1:1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasih.

1:2. Segala puji bagi Allah, Pemelihara sekalian alam.

1:3. Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasih.

1:4. Yang Menguasai Hari Agama/Pembalasan/Pemerintahan (Pengadilan).

1:5. Kepada Engkau sahaja kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan.

1:6. Tunjukkanlah kami jalan lurus,

1:7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Cuba lihat ayat yang ke-6 iaitu "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus"
Kita baca berulang-ulang kali setiap hari dan insyaAllah saya akan kongsikan kepada anda apa yang dimaksudkan itu dengan izin Allah(InsyaAllah).

Dan ayat ini akan saya kongsikan kepada anda tentang apa yang dimaksudkan dengan bacaan kita setiap hari iaitu ' Ihdinas sirotal Mustaqim' iaitu pada surah ke 17 (Al-Isra')Perjalanan di malam Hari@ Surah bani israel pada ayat ke 9.

17:9. Sesungguhnya al-Qur'an ini memberi petunjuk pada jalan yang paling lurus, dan memberi berita gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

Video di bawah tentangSurah Ke 17 (Al-Isra') Surah Perjalanan Malam/bani Israel syarahan Al Marhum Ahmed Husien Deedat.



Mudah-mudahan kepada diri sendiri dan anda juga akan mengamalkannya hingga akhir hayat kita dengan ikhlas.Saya syorkan kepada anda belilah senaskhah kitab Al-Quran terjemahan.Saya Ulang sekali lagi Belilah Al-Quran beserta terjemahannya.Penting,penting dan sangat penting untuk kita semua umat akhir zaman.Banyak ekali ayat-ayat Al-Quran yang memberi tanda dan peringatan buat kita.

Ok,saya akan teruskan mengenai apa yang penting untuk menyambut tahun baru 1432 Hijrah ini.

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

(9)At-Taubah[36]
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)

2:91. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Percayalah kepada apa yang Allah menurunkan", mereka berkata, "Kami mempercayai apa yang diturunkan kepada kami", dan mereka tidak percaya kepada apa yang sesudah itu, sedang ia yang benar, yang mengesahkan apa yang bersama mereka. Katakanlah, "Mengapa pula kamu membunuh Nabi-Nabi Allah masa dahulu, jika kamu orang-orang mukmin?".

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan
dalam Hijrah.
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi
peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih
dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi
ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada d dalamnya
selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya
dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan ‘Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Semoga tahun baru ini membawa keberkahan pada diri kita semua dan umat
Islam sedunia, Ameen.
…………………………………………………………………………………………………..
DOA AWAL TAHUN

Segala Puji Hanya Bagi Allah, Tuhan Yang Memelihara dan Mentadbir Sekalian Alam. Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Kami Nabi Muhammad SAW Serta Keluarga Baginda Dan Para Sahabatnya.

Ya Allah ! Engkaulah Yang Kekal Abadi Untuk Selama-Lamanya. Demi Kelebihan-Mu Yang Maha Agung Dan Kemurahan-Mu Yang Melimpah, Sesungguhnya Pada Tahun Baru Ini Aku Memohon Kepada Engkau Perlindungan Daripada Syaitan Yang Direjam. Dari Sekalian Konconya, Tenteranya Dan Penolongnya.

Aku Juga Memohon Perlindungan Daripada Nafsu Amarah Yang Sentiasa Mendorong Ke Arah Kejahatan Dan Melalaikan Dengan Perkara Yang Tidak Berfaedah Daripada Mendekatkan Diriku Kepada-Mu.

Selawat Serta Salam Ke Atas Junjungan Kami Nabi Muhammad SAW, Dan Ke Atas Keluarga Baginda Dan Para Sahabatnya. Segala Puji Hanya Bagi Allah, Tuhan Yang Memelihara Dan Mentadbir Sekalian Alam.. Amin..

Waktu Membacanya…..
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu Maghrib pada malam 1 Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, " Telah amanlah
anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua orang malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan".

http://i657.photobucket.com/albums/uu294/ibnuimran/kata%20hikmah/doa-awal-tahun-tile-tile.jpghttp://chittychat.files.wordpress.com/2007/12/doa2.jpg

Selamat berhijrah.

Saturday, November 27, 2010

Sisi Muslim Adolf Hitler

Maaf,mungkin anda tertanya-tanya tajuk di atas yang boleh menimbulkan kontroversi.

Tujuan saya menulis bukan bertujuan untuk mengagung-agungkan Adolf Hitler. Cuma memberi sedikit perkongsian yang saya kutip dari blog rakan-rakan untuk dikongsikan kepada anda semua.Jika anda seorang muslim yang taat pada perintah Allah Taala. Bezakan tindakan dan akhlak kehidupan anda sekarang berbanding dengan seorang yang memang terkenal di seluruh dunia sebagai penjenayah dan pengganas sepanjang zaman.Hanya Allah yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan sesuatu yang menjangkaui akal fikiran manusia.

Kebanyakan kita memang dan terkena tempias-tempias 'fitnah' dari barat yang sememangnya dikuasai oleh satu kekuasaan yang diberi izin Allah iaitu 'Fitnah Dajjal' umumnya yang dipelopori barat khasnya.Dan kehidupan kita sememangnya telah di 'program' untuk mengikut dan mengiyakan segala apa yang ditelunjuk oleh pihak barat yang sememangnya ego dan sombong tetapi secara senyap-senyap.Jika mereka hebohkan sudah pasti segala perancangan mereka tidak akan memberi hasil.

Credit to: Boy a.k.a Bundlesmart

Assalamulaikum wbt..

Saya dapat artikal ni dari laman web. Menarik utk dibaca siapa Hitler sebenarnya yg selama ini kita ditipu oleh barat……

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...



Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"


Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : " Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel . Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.


Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...



Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.


credit to: http://www.pablodeaskoba.blogspot.com/

Friday, November 26, 2010

Angka 26


Pagi tadi saya mendapat mesej yang berbunyi:

"Hati-hati angka keramat 26....! 26 Disember 2004 (Tsunami Di Acheh) 26 Mei 2006 (Gempadi Jogja) 26 Jun 2009 (Gempa di tasik Malaya) 26 Oktober 2010 (Tsunami di Mentawi) 26 Oktober 2010 (Gunung Merapi Meletus) ada apa dengan 26?ternyata dalam al-Quran iaitu surah ke 26 (As-Syuara)@ Para penyair yang di dalamnya terdapat banyak tentang azab Allah! Tolong sms ini kepada 7 orang. Jangan permainkan lillahitaala ini, amanah jangan di hapus sebelum dikirimkan kepada 7 orang! "


Sudah semestinya ada ribuan di kalangan anda yang menerima sms yang sama seperti saya. Dan sudah pasti ada dikalangan mereka juga yang percaya terus atau tertanya-tanya dan ada juga yang memuncungkan mulut tanda tidak mau ambil tahu.

Jadi, saya sebagai manusia biasa yang masih lagi terus belajar hingga ke akhir hayat hanya Demi Allah, membuat rujukan melalui bacaan dan kajian menerusi beberapa laman web dan menghasilkan data-data mengenai angka 26 ini yang menjadi perdebatan,persoalan,syuubhat,tahyul dan sebagainya. Kita sebagai hamba Allah yang kerdil hanya mampu melihat sisi positif yang memberi pengajaran buat kita bersandarkan Al Quran dan Sunnah rasulNya.

Bencana Tahun 1500-2010:

  1. 26 Januari 1531 gempa bumi di Lisbon, Portugal, 30.000 orang maut.
  2. 26 Januari 1700 gempa di Laut Pasifik, dari Vancouver Island, Southwest Canada off British Columbia hingga Northern California, PacificNorthwest, USA. Dikenal sebagai mega earthquake.
  3. 26 Juli 1805 gempa bumi di Naples, Calabria, Italy, 26.000 orang mati
  4. 26 Ogos 1883 Gunung Krakatau meletus, 36.000 orang diperkirakan terbunuh
  5. 26 Desember 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
  6. 26 Mac 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
  7. 26 Ogos 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
  8. 26 November 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
  9. 26 November 1930 gempa bumi di Izu
  10. 26 September 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
  11. 26 Disember 1932 gempa bumi di Kansu, China, 70.000 orang maut
  12. 26 Oktober 1935 gempa bumi di Colombia
  13. 26 Desember 1939 gempa bumi di Erzincan, Turki, 41.000 orang terkorban
  14. 26 November 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
  15. 26 Disember 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
  16. 26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
  17. 26 Mac 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepun
  18. 26 Julai 1963 gempa bumi di Skopje, Yugoslavia, 1.000 orang maut
  19. 26 Mei 1964 gempa bumi di S. Sandwich Island
  20. 26 Julai 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
  21. 26 September 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
  22. 26 Julai 1971 gempa bumi di Solomon Island
  23. 26 April 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
  24. 26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
  25. 26 Mac 1977 gempa bumi di Palu, Turki
  26. 26 Disember 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
  27. 26 April 1981 gempa bumi di Westmorland, USA-
  28. 26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepun
  29. 26 Januari 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina
  30. 26 Januari 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
  31. 26 April 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA
  32. 26 Oktober 1997 gempa bumi di Italia
  33. 26 Januari 2001 gempa bumi di Gujarat, India, 1.000 orang maut.
  34. 26 Januari 2001 gempa bumi di Yunani
  35. 26 Mac 2002 gempa bumi di Mariana Island
  36. 26 Mei 2002 gempa bumi di New Zealandl
  37. 26 Mei 2003 gempa bumi di Muir Beach, California, USA dan SevenTrees, California, USA
  38. 26 Mei 2003 gempa bumi di Halmahera, Indonesia
  39. 26 Mei 2003 gempa bumi di Honshu, Jepun
  40. 26 Ogos 2003 gempa bumi di Val Verde, California, USA dan New Jersey, USA.
  41. 26 Disember 2003 gempa bumi dahsyat di Bam, Iran, 45.000 orang diperkirakan meninggal.
  42. 26 November 2004 gempa bumi di Nabire, Indonesia
  43. 26 Disember 2004 gempa bumi dan badai Tsunami di Aceh dan Sumatera Utara.
  44. 26 Mei 2006, Gempa Jogja
  45. 26 November 2008 (Serangan pengganas di Mumbai ,India)
  46. 26 Jun 2010, Gempa Tasikmalaya
  47. 26 Oktober 2010, Gempa Tsunami Mentawai.
  48. 26 Oktober 2010, Gunung Merapi Meletus.



Sebagai seorang muslim, salah satu rujukan saya dalam upaya menguak misteri angka tersebut adalah Al-Qur’an. Sebagai kitab suci, susunan mushaf Al-Qur’an sangat diyakini memiliki makna penting, bukan sekadar sebagai angka-angka penyedap susunan. Sehubungan dengan angka 26, surah daripada al-Qur’an iaitu ke-26 adalah surah Asy Syu’araa’, yang berarti ‘para penyair’. Surah Asy syu’araa diturunkan di Makkah pada periode Rasulullah menanamkan ajaran-ajaran dasar agama, yaitu tauhid.Pada masa yang sama juga para penyair ini sangat ligat dalam melisankan bait-bait sajak,syair dan tutur kata yang membuat ramai dikalangan mereka terpesona dan teruja mendengarkan tutur kata para penyair.

“Watak para penyair zaman Rasulullah itu dijelaskan diantaranya pandai bicara namun tak sesuai antara kata dan perbuatan, dengan kepandaian bicaranya mereka suka memutar balikkan fakta, serta tidak mempunyai pendirian.”

Sila rujuk:
Surah ke 26 iaitu Surah Asy-Syuara ayat 221-227

26:221. Bolehkah aku memberitahu kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan turun?

26:222. Mereka turun kepada tiap-tiap penyamar yang berdosa.

26:223. Mereka mendengar, tetapi kebanyakan mereka adalah pendusta-pendusta.

26:224. Dan penyair-penyair - orang-orang yang bersalah mengikuti mereka.

26:225. Tidakkah kamu melihat bagaimana mereka merayau-rayau di tiap-tiap lembah,

26:226. Dan bagaimana mereka mengatakan apa yang mereka tidak buat?

26:227. Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan mereka mengingati Allah dengan banyak, dan menolong diri-diri mereka sendiri setelah dizalimi; dan orang-orang yang membuat kezaliman pasti akan mengetahui di mana tempat berbalik yang mereka akan dibalikkan.


Makanya,tuturkata Nabi Muhammad S.A.W berdasarkan sandaran wahyu dari Allah Taala sangat memegunkan dan memeranjatkan mereka iaitu kalamullah yang suci iaitu Al-Quran. Mereka terpegun kerana Muhammad S.A.W adalah seorang yang 'Ummi' tidak boleh membaca atau menulis, sekalipun menulis namanya sendiri. Mana mungkin manusia seperti Muhammad mengungkapkan kata-kata yang sangat-sangat menakjubkan yang melangkaui akal fikiran mereka, menceritakan tentang kisah-kisah pengajaran yang terdahulu,rasul-rasul dan nabi-nabi utusan Allah yang menjadi pengajaran yang sangat berguna untuk umat akhir zaman dan cerita-cerita ghaib yang sangat benar supaya menjadi peringatan kepada sesiapa yang mengamalkannya.(iaitu Al-Quran) Sila rujuk Video ini untuk mendapat sedikit ilmu tentang kelebihan al Quran yang Di Syarahkan oleh Almarhum Sheikh Ahmed Husien deedat.




Sunday, November 14, 2010

Surah Al Kahfi Dan Zaman Moden

Disyarahkan oleh Maulana Imran Hossien
Pengajian ini akan mendedahkan kepada audiens, Tanda-Tanda Besar Kiamat dan kaitannya dengan Zaman Moden dimana rahsia tersiratnya diungkapkan dengan pendedahan oleh ayat Al-Qur'an melalui Surah terpenting di Akhir Zaman; Surah Al-Kahf.

PART1





PART 2




PART 3





PART 4


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komentar anda dihargai :)

SILA PERHATIKAN DAN FAHAMI VIDEO INI . Mudah-mudahan membuka minda dan hati kita. InsyaAllah


Video di bawah adalah syarahan Almarhum Sheikh Ahmed Deedat, semoga Allah memberkati segala usahanya. Peringatan mengenai Al-Quran ini sangat penting dan perlu diketahui oleh setiap muslim di seluruh dunia.




SAMBUNGANNYA DISINI : KLIK